SALAM UKHUWAH FILLAH......


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MUQQADIMAH

Wednesday, August 5, 2009

MELAKA TERUS CATAT KEMATIAN KES H1N1


Astagrirullahala'zim....saya br mendapat berita dari sahabat saya yang mengajar di SK Seram Darat,Merlimau...yang mengatakan sekolahnya terpaksa cuti selama semingu apabila salah seorang murid di sekolah itu telah meninggal dunia akibat deman selsema H1N1...semakin hari peningkatan kematian terus meningkat.....


Melaka terus mencatat kematian kes demam selsema babi@Influeza A@H1N1 apabila murid yang berusia 12 tahun meninggal dunia kelmarin akibat wabak berkenaan.

Kematian ketiga H1N1 di negeri ini melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari Taman Pulai Indah, Jasin. Murid berkenaan Amir Akram Nor Azman dari Sekolah Kebangsaan Serkam meninggal dunia hanya setelah mengalami demam dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Manakala kes kematian keempat H1N1 berlaku pada hari yang sama, kali ini melibatkan remaja lelaki berusia 20 tahun dari Ayer Paabas, Alor Gajah, di sini.
Mangsa dimasukkan ke wad Hospital Melaka pada 2 Ogos lalu dan meninggal dunia pada keesokkan hari kira-kira pukul 2.30 petang. Menurut sumber, remaja berkenaan merupakan seorang pekerja sebuah pasaraya besar yang terkenal di negeri ini. Walau bagaimanapun pasaraya berkenaan masih terus beroperasi sehingga hari ini.

Marilah sama-sama kita memohon pertolongan dari Allah moga dijauhkan diri kita dan keluarga kita dari bala bencana ini...Nau'zubillahi min zalik....



No comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


سعد الغامدي - Saad Al-Ghamdi

ISLAMIC ANIMATION

KITABULLAH

HELLO

Terima Kasih..Sila singgah blog ni lagi...

Terima Kasih