SALAM UKHUWAH FILLAH......


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MUQQADIMAH

Showing posts with label Petua dan Tips. Show all posts
Showing posts with label Petua dan Tips. Show all posts

Monday, August 3, 2009

Tips Hilangkan Stress....

Salam untuk semua.....

Terlebih dahulu. saya nak minta maaf bebanyak lama dah tak "post"kan entri terbaru...
maklumlah bz sikit sejak dua menjak ni...apapun untuk tidak menghampakan sahabat baik "sekapal"..Kak Mie...saya masukkan tips untuk hilangkan stess......ehem..macamlah saya ni pakar sangat bab ni (tak pakar pun kak mie...cedok jugakkan..)..apapun kita kongsi bersama....kita insan biasa tak lari dari masalah samaada kita dapat kawal atau tidak.....

Setiap orang tentu pernah alami suatu masalah dan bahkan ada yang sampai mengalami stress, sebenarnya Stres dalam kehidupan seseorang merupakan hal yang baik, namun akan menimbulkan masalah bila stres itu berlebihan. Kita boleh mencuba tips berikut ini untuk membantu kita menjalani kehidupan dengan fikiran sihat. Kerana dengan berfikir sihat, kita boleh mengatasi stres lebih efektif.

- Berikan tidur yang cukup dan teratur. Waktu istirahat yang cukup dapat memberi kesegaran dan membuat kita lebih energik.
- Lakukan olah raga secara teratur, hilangkan ketegangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti positif antara lain berolahraga seperti bermain tenis, jogging, jalan kaki. Atau jika kita gemar dengan berkebun bisa dengannya.
- Cintailah diri anda, maafkan kesalahan anda dan perhatikan kegagahan anda.
- Belajar dan berlatih relaks, seperti menarik napas panjang dan relak otot dengan teratur.
- Pertahankan diet/makan yang seimbang dan teratur.
- Belajarlah untuk menerima apa yang tidak mungkin dapat diubah oleh manusia.
- Kerjakan dan selesaikan masalah anda satu persatu, berikan prioriti didalam menyelesaikannya. Jangan mengharapkan sesuatu dengan berlebihan.
- Cubalah sesuatu yang baru, misalnya makan ditempat yang baru atau mengunjungi tempat-tempat yang bersuasana baru bagi anda.
- Luangkan waktu untuk diri sendiri. Cari waktu dan tempat yang menurut anda boleh mendapatkan ketenangan dan privacy.
- Ungkapkan masalahnya, bicarakan masalah anda dengan teman dekat atau seorang ahli/konselor. Orang lain mungkin bisa melihat masalah anda dari sudut yang berbeza dan dapat menyarankan solusi yang tepat.
- Belajarlah untuk lebih rileks, dengan meluangkan waktu untuk melakukan sesuatu yang anda sukai. Karena jika sesuatu dilakukan karena anda sukai, maka hasilnya lebih bagus daripada anda melakukan sesuatu karena terpaksa.
Apa yang penting......
- Mendekatkan diri pada Allah( Sudah tentu..ni yang paling penting)
- Ketawa atau menangis sepuas hati (Jangan bagi orang nampak..nati apa kata orang lak..hehe)
- makan tanpa henti (mengunyahla..OPS...agak2 la....) ...
- pergi laut jerit kuat kuat (tak kisah laut mana..hehe.)
- bercakap tanpa henti (nak test suara..sedap tak?)
- drive laju kete (ye ker..sendiri mau ingatla..)
- buat buat mcm byk keja (Buat2 bz ek...tapi keje memang berlambak kan)
- aromaterapi spa (terpulang)
- Menulis sume pasal geram , marah dan semuanya diatas sehelai kertas(sehelai kertas ke..hehe) secara jujur kemudian koyakkan halus halus dan buang atau bakar. jgn sampai terbakar rumah dah..
Point yang terakhir, hindari penggunaan drug (obat-obatan terlarang) atau alkohol sebagai alat untuk menghilangkan stres anda, karena keduanya tidak akan menyelesaikan masalah penyebab stres anda melainkan hanya akan menjadi masalah/stres baru bagi anda.
Sama-sama kita kongsi ek....




Thursday, June 25, 2009

Tips Putus Cinta : Tenangkanlah Hatimu......



Hasil tulisan : Alfakeh (tokfakeh@gmail.com)

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Ceria2 selalu….. :)

Wassalam................

Humaira' says:

Salam Ukhuwah.....

Saat diriku mebaca artikel dari sahabat hasil tulisan al-Fakeh,....info yang sangat berguna untuk dikongsi bersama....tu ana masukkan dalam blog yang tak seberapa ini.

Pada pendapat ana,
perasaan cinta akan datang pada kita
bila kita pupuk atau siram atau baja dia…

Ya kekecewaan yg disebabkan cinta manusia
hanya bersifat sementara…
setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya..
sesiapa yg pernah kecewa,
hadapi ia dengan tenang...

Tak dinafikan, betapa sakitnya putus cinta di kala dewasa berbanding remaja..
bagai tiada siapa lagi yang tinggal utk kita.
bagai tiada masa hadapan untuk kita.
rasakan hanya si dia sahaja yang sesuai dan kita rasa selesa bersama.
Hakikatnya bila sudah lama menangis dan berdoa, baru kita nampak,

Apapun....

" Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…"

Yang penting, Cintalah pada Allah kerana DIA Kekal abadi...

Ingatlah:...

Jangan, pahit terus dibuang,
Manis terus ditelan,
Itu Bidalan.

Andai, kau sedang bahagia,
Ingat itu bukan, untuk selamanya.
Andai, kau dalam sengsara,
Ingat itu bukan, untuk selamanya,
Hidup ini sementara.

(Lirik dari penyanyi terkenal, Aris Ariwatan, Lagu 1,2,3,4.)

Hai to Aris, Pencipta Lagu & Penggubah Lirik.

http://www.4shared.com/file/51462107/9e13070c/Aris_Ariwatan-_1234.html?s=1
(Download Link).

Monday, December 8, 2008

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh

berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatikubersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-ampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh,

penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya.. ....

(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


سعد الغامدي - Saad Al-Ghamdi

ISLAMIC ANIMATION

KITABULLAH

HELLO

Terima Kasih..Sila singgah blog ni lagi...

Terima Kasih