SALAM UKHUWAH FILLAH......


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MUQQADIMAH

Monday, March 30, 2009

Yang Menarik Kasih & Cintamu ?


Semua sedia maklum...........
Wajah yang cantik, kemas dan indah, mampu menawan hati seseorang.
Melalui kemerduan suara mampu menangkap minat dan cinta seseorang.

Budi bahasa dan pekerti baik, mampu meraih perhatian dan kasih seseorang.
Ringan tulang, banyak membantu serta sering ambil berat terhadap masalah orang lain, sering menjadi benih sehingga tanpa sedar ia mengikat jiwa mereka yang dibantunya.
Walaupun belum benar-benar mengenali individu yang punyai sifat tadi. Jiwa pasti akan tertarik sedikit demi sedikit. Jika benar cara pembawakannya, ia membawa kepada yang lebih baik, demikian juga sebaliknya.

Para ahli muzik sama ada nasyid dan lagu dengan mudah punyai pengikut, peminat fanatiknya. Semuanya penangan suaranya, wajahnya dan mungkin semakin mendalam apabila mengenali budi pekerti dirinya.

Sesudah terpautnya hati, seseorang mampu berbuat pelbagai benda pelik demi untuk yang dikasihinya. Sebagaimana insan bercinta sesama insan, yang malam tidak dirasa, perkara berat terasa ringan, beban dirasa nikmat dan sebagainya.

Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Namun ada beberapa tanda seseorang yang telah jatuh cinta iaitu ( Tuq al-Hamamah) :-

Pertama, kecanduan memandang orang yang dikasihi.
Kedua, segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.
Ketiga, gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.
Keempat, kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumnya enggan dilakukannya.

Adapun perbuatan yang mencacatkan cinta menurut Ibn Hazm adalah mereka yang berbuat maksiat antara lain adalah berzina dll.
Kitakah ?

Sedarkah kita bahawa semua itu hanyalah secebis zarah dari keindahan Allah swt, tuan punya dan pemilik kepada segala sesuatu.

Imam Abu Hamid Al-Ghazzali ketika mengulas bab cinta Allah dan Rasul di dalam kitabnya 'Ihya Ulumiddin' menegaskan.. faktor-faktor biasa yang disebutkan di atas menjadikan manusia jatuh hati, kasih dan cinta kepada manusia lain, hingga adakalanya mencapai tahap fanatik.

Namun bagaimanakah kita terlupa bahawa Allah mempunyai segala sesuatu sebab musababb untuk manusia jatuh kasih kepadanya, malangnya kita sering terhalang dek kelebihan manusia. Mari kita sama-sama teliti nama-nama Allah yang dinasyidkan oleh Sami Yusuf ini, sebahagian nama-nama ini mewakili sifat-sifatNya.

Jika cantik dan indah menjadi puncanya, maka Allah adalah yang terindah..keindahannya terzahir dari makhluknya.

Jika banyak membantu menjadi sebabnya, Ya Allah maha membantu...udara yang disediakan, matahari yang memancar, alam yang penuh dengan rezeki serta nikmatnya. Ya Allah tidak terkira nikmatNya...

Demikian juga Rasulullah SAW yang menjalankan tugasnya sebagai pesuruh Allah swt. Bertungkus lumus membantu kita agar terselamat di alam barzakh dan akhirat kita. Tidak terhutang budikah kita dengan kesungguhannya.?

Allah dan s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w, paling layak menerima kasih dan cinta kita. Namun kelemahan kita sering gagal memujuk hati ini untuk jatuh kasih kepadaNya, akibat dihalang oleh tembok besar dunia, tembok besi kejahilan, tembok penipuan yang dipasang Syaitan.

Ya Allah Ya Tuhan, bantulah kami kasih kepadaMu, dan segala amalan yang boleh membawa kami kasih kepadaMu dan peroleh kasihMu, dan hampir dengan manusia yang boleh membawa kami kasih kepadaMu.

Firman Allah s.w.t :-

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Ertinya : Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" ( At-Tawbat : 24 )

Ya Allah "ultuf bina" ( be gentle with us)..o forgiver ..forgive our sins...Ya Rasulullah, terimalah kami sebagai umatmu.

Saturday, March 28, 2009

SALAM UKHUWAH FILLAH ABADAN....



Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya couple, teman still paling setia..Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga......


Terima Kasih pada "Akhiey" yang mengirimkan kata2 untuk teman......memang benar...hargailah Kawan kita selagi kita terasa dia beerti....Salam persahabatan buat semua sahabat2 yang mengenali diriku ini....Salam Ukhuwah Fillah Abadan....

Ya Allah....Ku Dambakan Redha-Mu



"Ya Allah..Entah apa yang ingin aku katakan..
terlalu banyak dosa yang telah aku himpunkan..
terlalu jahil untuk aku untuk mengerti keEsaan-Mu..
terlalu payah untuk aku mengecapi redha-Mu..
dan terlalu gundah hatiku untuk mengerti..
membelai diriku dengan segala kekeliruan..
Ya Allah..berilah aku nur-Mu yang terang...
bergermerlapan agar aku tidak lagi dalam kegelapan..
hilang segala ketakutan..
bermulanya aku untuk meniti setiap titis kerinduan-Mu..
ketenangan yang bukannya terlihat pada hiburan..
tetapi pada ayat-ayat suci-Mu yang mencoretkan segala pujukan..
mengajar aku erti kebenaran dan kesahihan..
Ya Allah..tetapkanlah keimanan yang telah Engkau wujudkan dalam diriku..suburkannya dengan tinta-tinta sunnah Nabi-Mu..
mekarkannya dengan wangian keredhaan-Mu..
anugerahkannya dengan kemanisan iman-Mu..
Ya Allah..sesungguhnya aku merindui setiap bibit kasih-Mu..
yang bukannya sementara tetapi untuk selama-lamanya..
aku akui Engkaulah yang punyai sifat yang syumul..
yang tidak ada pada kami..
maka Kau ampunilah kami Ya Allah..
atas segala keterlanjuran yang telah kami lakukan..
dan sejahterakanlah nabi junjungan, Muhammad S.A.W..Amin..amin..
Ya Rabbala'lamin..


Monday, March 23, 2009

SEANDAINYA




Seandainya.......Andaikata"....!!!

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut apa yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali kamu bersikap lemah. Apabila kamu tertimpa suatu kegagalan, janganlah kamu berkata, 'Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu,' tetapi katakanlah, 'Ini telah ditakdirkan oleh Allah, dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki,' kerana ucapan 'seandainya' akan membuka (pintu) perbuatan syaitan."
(HR. Muslim)

Keterangan Hadis:
-1. Dilarang sama sekali mengucapkan "andaikata" atau "seandainya" apabila mendapat suatu musibah atau kegagalan.
2. Alasannya kerana perbuatan itu akan membuka pintu perbuatan syaitan. Maksudnya disini ialah perkataan itu mengandungi kekecewaan terhadap apa yang telah berlaku, penyesalan dan cacian terhadap takdir, dan itu beerti suatu sikap yang menafikan sikap sabar dan redha. Allah SWT berfirman, "Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."
(Surah Al-Hadid:22-23)
3. Bimbingan yang diberikan Rasulullah SAW apabila mendapat suatu kegagalan atau mendapat suatu musibah ialah supaya mengucapkan perkataan yang baik dan bersabar serta mengimani bahawa apa yang terjadi adalah takdir Allah.
4. Diperintahkan supaya bersungguh-sungguh dalam menuntut segala yang bermanfaat dunia dan akhirat dengan sentiasa memohon pertolongan Allah.
5. Dilarang bersikap sebaliknya iaitu bersikap lemah.
Keterangan Gambar:-
1. Gagal itu biasa, terus berusaha adalah luar biasa. Maksudnya disini hendaklah kita terus berusaha walaupun ia adalah luar biasa. Ia menjadi perkara biasa apabila kita selalu berusaha.

2. Gambar 'You Have Failed, Please Die'...janganlah kita mempunyai sikap sebegini yang mudah berputus asa. Selepas sesuatu kegagalan akan bermulanya suatu kecemerlangan. Tiada kecemerlangan tanpa kegagalan dan tiada kegagalan yang tidak boleh membangun manusia untuk menjadi cemerlang. Jadi jangan takutkan kegagalan. Bak kata Billi Lim (seorang pakar motivasi), 'Dare To Failed', berani menghadapi kegagalan untuk mencapai kecemerlangan. Kegagalan bukanlah pengakhir suatu kehidupan. "Failing In the past does not mean you are going to fail in the future". Jadi mari kita berusaha mencapai kecemerlangan bersama-sama.

"Ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yang cemerlang di dunia dan akhirat, Amin".
(Doa dari Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzillah Kamsah)

(Pesanan Buat Diriku dan Rakan-Rakan)

Indahnya Hidup


SESUNGUHNYA matahari itu berputar di atas paksinya yang telah ditetapkan olehNya.
Hidup ini bagaikan putaran alam, ada malam dan siang. jika sentiasa siang, bumi akan musnah dengan kepanasan. Jika sentiasa malam, bumi akan musnah dengan kesejukan.
Begitu juga takdir Allah ke atas manusia. Ia berjalan di atas paksinya. Adakalanya disayangi dan dibenci, dipuji dan dihina, bahagia dan derita, hidup dan mati.
Sesungguhnya, di sebalik kejadian itu, ia penawar bagi hati, sebagaimana siang dan malam adalah penawar bagi bumi. Jangan memusuhi takdir kerana ia datang dari Ar-Rahman, Allah tidak akan datangkan sesuatu yang menzalimi hambaNya.
Sesungguhnya, berburuk sangka menunjukkan hatimu kering dari mengenal-Nya. Musuhilah dirimu sendiri kerana ia tiada memahami bahasa cinta Allah dalam setiap takdir-Nya. Kamu tidak akan mengenal-Nya selagi engkau tidak bangun menyucikan dirimu dari lumpur dosa dan ammarah..

Monday, March 2, 2009

La Tahzan...


Dari seorang yang perihatin...Jangan Bersedih, Engkau Akan Mendapatkan Pasangan Sahabatku, diriwayatkan bahawa seorang wanita bernama Ummu Mahjul adalah seorang pelacur. Dia biasa melayani lelaki dengan syarat lelaki itu memberikan wang sebagai imbalan kepadanya. Kemudian, ada seorang dari kaum muslimin yang ingin mengahwini wanita itu dan ia pun menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Maka turunlahayat ini : "…dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yangberzina atau lelaki musyrik. "QS An-Nuur : 3HR. Ahmad dan An Nasa’i Sahabatku, alangkah benarnya penafsiran yang diungkapkan tentang ayat ini bahawaseorang fasik yang buruk yang biasa berbuat zina, tidak tertarik untuk menikah dengan wanita baik-baik. Akan tetapi, ia hanya ingin menikahi wanita fasik yang berbuat buruk seperti dirinya atau wanita musyrik. Wanita fasik yang berbuat buruk tidak tertarik untukdinikahi oleh lelaki baik-baik dan mereka pun lari darinya. Orang yang tertarik untukmenikahinya adalah lelaki yang satu perangai dengannya, iaitu sesama fasik dan musyrik. Kaedah ini berlaku bagi kebanyakan orang, meskipun tidak menutup kemungkinan sebaliknya, seperti yang dikatakan orang, ‘Hanya orang yang bertakwa yang melakukan kebaikan, tapi ada orang yang tidak bertakwa yang melakukan kebaikan.’ Demikian jugadalam kejadian ini.Oleh kerana itu, wahai sahabatku, untuk apa engkau membangkitkan auratmu di depan umum? Untuk mendapat pacarkah? Untuk mendapat suamikah? Bukankah membangkitkan aurat di depan umum itu perbuatan zina? Apakah engkau ingin mendapatkan suami / isteriyang buruk perilakunya sama dengan kelakuanmu? Bukankah engkau menuntut kebahagiaan sempurna? Lihatlah pasangan hidup yang perilakunya sama-sama buruk, rumah tangga mereka tidak dapat bertahan lama! Wahai sahabatku, yakinlah dengan janji Allah bahawa engkau akan di beri pasangan terbaik jika engkau beriman dan bertakwa padaNya. Dan adalah Allah tidak pernah sedikit pun menyalahi janji-Nya sendiri.

Mutiara Hati Perkahwinan


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Ali.

SUMBANGSIH Istimewa buat sahabah sahabiyah seperjuangan yang sama-sama ingin menegakkan syariat Islam. Para mujahid mujahidah yang berjuang atas jalan Allah Para pendakwah yang sentiasa bermujahadah menyampaikan risalah-Nya. Pemuda-pemudi Muslim dan Muslimah Yang ingin membina Bait-ul-Musleem, Rumahtangga Islam Keluarga Islam, Masyarakat Islam Seterusnya melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup Agar terbinanya pembangunan berteraskan sistem hidup yang sempurna ini menuju satu alam yang selama-lamanya kerana di situ pasti destinasi cinta yang abadi, cinta yang Maha Pencipta

I made this widget at MyFlashFetish.com.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


سعد الغامدي - Saad Al-Ghamdi

ISLAMIC ANIMATION

KITABULLAH

HELLO

Terima Kasih..Sila singgah blog ni lagi...

Terima Kasih