SALAM UKHUWAH FILLAH......


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MUQQADIMAH

Monday, August 31, 2009

Bertemu Kembali.....

Ikan Bakar dan air asam

Ayam Percik....

Salam satu Malaysia buat semua.............:-)

Alhamdulillah..masih lagi dipanjangkan umur dan nikmat yang paling dalam hidup kita ialah nikmat Islam dan Iman......

Selamat memulakan persekolahan sesi penggal kedua..dan pastinya saya rasa kita semua telah menghabiskan masa cuti dengan sebaik mungkin..ada yang balik kg dan tak lupa juga ada yang menghabiskan cuti ke tempat2 menarik yang ada di Malaysia...cuti2 Malaysia....walaupun kita dikejutkan dengan penyakit H1N1, namun kita masih berjaga2 ....Insyaallah..mudah2an kita dijauhkan dari segala penyakit yang merbahaya itu....

Emmm....saya bercuti di KL jer...tak balik kg pun..Insyaallah raya nanti baru balik....best gak kumpul ramai2 dengan keluarga kakak...da hubungan kami sangat akrab....nak2 lagi saudara kembar pun ada sama2 bercuti kali ni....time berbuka puasa merupakan saat yang paling ditunggu sebab dapat berbuka sama2 dengan keluarga tersayang.....

Makanan kegemaran pastinya ayam percik kelate...onde2...ikan bakar cicah air asam...gulai ikan kering campur nenas, akok dan lain2...hehehe...sempat la kat kl masak semua tu...rewang sesama pastinya meriah...:-)...mmmmmm.

Apapun...semoga di bulan penuh barakah ini moga2 kita sama2 dapat mempertingkatkan amalan dalam mencari magfirah dan keredhaan Allah s.w.t...Aamin....



Saturday, August 22, 2009

10 PERKARA PERBUATAN SIA-SIA



Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya. wallahuallam

Thursday, August 20, 2009

RAMADHAN KAREM....



Salam buat semua....

Maaf lama tak bersinggah di blog ni...bukan sebab apa...disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan....maklumlah musim sekarang kena berjaga2.... walaupun hari2 ke sekolah saya memakai penutup mulut untuk mengelak dari penyakit berjangkit ni, akhirnya saya turut terkena deman panas yang saya kira sangat membahaya pada ketika ini..(19hb)kali pertama saya cek di klinik kerajaan, suhu badan saya 37.9 (hari pertama cek) dan bila saya minta mc dengan penolong pegawai perubatan, ternyata beliau tidak memberikan mc tersebut memandangkan katanya dia bukan doktor....saya pulang kerumah dalam keadaan sedih tetapi saya usaha juga melakukan aktiviti untuk menurunkan kadar suhu saya itu....

Esoknya (20hb), saya bangun pagi..... saya rasa bisa badan masih ada dan saya bernekad nak ke klinik swasta pulak untuk cek suhu badan saya lagi....pagi semalam saya tak makan ubat deman pun sebab nak drive ke yong peng. Saya berjumpa dengan doktor dan bila doktor cek suhu badan saya ternyata makin meningkat suhu badan saya....38.9 (masa tu hanya Allah yang tahu perasaan saya)..Doktor tanya dah makan ke ubat pagi ni....saya kata lum lagi..bimbang nak drive, terus doktor marahkan saya...dia bimbangkan saya andai saya rebah ditengah jalan...saya angguk kepala je....dalam kepala risaukan keadaan saya tapi saya kena kuatkan semangat nak2 masuk bulan ramadhan esok...dan pada hari ni saya rasa bisa badan dah takder....batuk pun dah berkurangan....selsema setakat ni takde...risau dibuatnya bila pikir keadaan yang kurang sihat ni..doktor nasihatkan minum air 100 plus dan air kelapa banyak-banyak...moga deman berkurangan...dan Alhamdulillah dapat mc 2 hari....maknanya sampai hari jumaat dapat cuti..bukan apa..nak rest kat umah jer....


21hb, Alhamdulillah...saya rasa badan dah ok..rasa kebah dan peluh keluar jer dari badan bila saya buat apa2 keja kat umah ni.....batuk pun kekadang je...selsema tak de..Alhamdulillah...andai kat chaah lagi cuti ni, sebelum balik kl, saya nak cek dulu keadaan suhu badan nanti...risau jugakkan....apapun saya sentiasa berdoa semoga dijauhkan dari segala penyakit berbahaya buat saya, keluarga dan muslimin serta muslimat....Nauzubillahiminzalik.....

wassalam...

Akhir kalam buat saudara Muslimin Muslimat....selamat berpuasa di bulan Ramadhan al-Mu barak....rebutlah peluang dibulan ini...moga2 kita tergolong dari golongan yang dikendaki Allah sentiasa...Aaaaminnn...

Friday, August 14, 2009

PERGINYA INSAN SENI...USTAZ ASRI IBRAHIM ( KUMPULAN NASYID RABBANI)


Al-Fatihah buat keluarga Al-Marhum Ustaz Asri dan keluarga

Salam untuk semua....

Membuka laman berita-berita Malaysia sejurus solat subuh hari (4.30 pagi UK = 11.30 pagi Malaysia) menemukan saya dengan berita yang menyedihkan. Ustaz Asri Ibrahim, volkalis kumpulan Rabbani pergi selama-lamanya menemui ilahi. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Asri Ibrahim atas pemergian abadi ini.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Memetik surat khabar Metro hari ni,

SHAH ALAM: “Balik malam tadi (kelmarin), Asri mengajak saya keluar makan malam, perkara yang jarang dapat kami lakukan bersama kerana kesibukannya. Kami keluar berdua kerana anak-anak sudah tidur dan Asri kata pesan (makanan) apa saja. Selepas itu kami menonton televisyen berdua dan berbual lama.

“Bagaimanapun, ketika keluar hendak menjayakan rakaman program Syahadah di RTM (Radio Televisyen Malaysia), pagi tadi (semalam), Asri mengadu tidak sihat dan batuk lalu dia minta saya menghantarnya ke pejabat Rabbani Productions di Taman Manjalara, Kepong.

“Itu pertemuan terakhir saya dengannya sebelum diberitahu dia sudah tiada, lebih kurang jam 11 pagi,” kata Nur Jannah Shahadan, 39, isteri vokalis utama Rabbani, Allahyarham Mohd Asri Ibrahim, 40, ketika ditemui di rumah keluarga arwah di Kampung Bukit Lanchong di sini.

Asri meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham meninggalkan enam cahaya mata, Mohd Nasimuddin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilham, 10, Soffiyah Munawwarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 5.

Menurut Jannah, walaupun tidak menyangka Asri akan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya begitu cepat, dia tetap bersyukur kerana Allah SWT memberikannya kekuatan untuk menerima kenyataan suami tercinta sudah pergi menghadap Ilahi.

“Komitmen Asri terhadap kerjaya seninya menjadikan saya seorang yang berdikari. Allahyarham seorang suami dan bapa yang baik. Tidak ada apa yang terkilan di hati cuma pagi tadi (semalam) sebelum dia keluar rumah, saya tidak dapat memeluknya erat.

“Kenangan paling manis baru-baru ini kami dapat menunaikan umrah bersama-sama sambil berziarah di Istanbul. Asri menyifatkan pemergian kami ke Tanah Suci itu untuk mengerjakan umrah sambil berbulan madu selepas 16 tahun kami berkahwin.

“Insya-Allah, saya akan tabah mengharungi kehidupan ini membesarkan anak bersendirian,” katanya.

Azadan Abdul Aziz, 36, seorang daripada anggota Rabbani dan yang paling rapat dengan Allahyarham berkata, dia dan anggota lain akan meneruskan perjuangan kumpulan nasyid paling popular itu.

“Asri bukan hanya kawan dan rakan seperjuangan dalam dunia seni yang berdakwah menerusi lagu nasyid, malah dia pemimpin dan bapa kepada kami. Namun, Allah lebih menyayanginya dan kami reda pemergiannya.

“Meskipun beliau sudah tiada, semangat dan kekuatannya akan terus bersama kami untuk meneruskan perjuangan Rabbani. Banyak program dirancang pada Ramadan ini terutama persembahan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

“Selepas ketiadaan Asri, saya akan kumpulkan semua anggota Rabbani untuk membina semula kekuatan bagi menghadapi hari esok. Perjuangan Rabbani dalam bidang seni akan diteruskan.

“Meskipun saya dan anggota lain dapat menerima ketentuan Allah SWT, kami semua tetap terkejut kerana pemergian Asri terlalu mendadak. Sebelum itu kami pernah berbual berdua, macam mana dengan Rabbani jika berlaku apa-apa dengan Asri. Tak sangka pula perbualan kami menjadi kenyataan.

“Pun begitu kami bersyukur kerana Asri pergi dalam keadaan tenang dan wajahnya seperti orang tidur,” katanya.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini, selepas Maghrib malam tadi, bersebelahan pusara bapanya yang meninggal dunia hampir setahun lalu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ingat saya akan tajuk lagu"Pergi Tak kembali'...begitu sayup kedengaran...bait2 lagu yang menginsafkan....

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Buat ahli keluaraga al-marhum, tabahkan diri dan teruskan hidup dalam kerehdaan Allah. Kami doakan anda semua tabah.

Bilakah pula giliran kita? Dan dapatkah jantung kita melaksanakan tugasnya bertemu Ramadhan akan datang ini. ?? ...Wal'lahua'lam...

Thursday, August 13, 2009

Lima Perkara Sebelum Datang Lima Perkara


Salam untuk semua sahabat-sahabatku....

Lama dah saya tak post kan entri dalam blog ni...apapun saya berusaha meluangkan masa untuk mengedit blog yang tak seberapa ini...terima kasih kepada kengkawan yang sudi menjenguk blog saya ye..


Untuk kali ini lagi, suka saya ambil post nih dari email yg dihantar seorang rakan .. agaknya ada yang dah menerima email yang sebegini...untuk renungan bersama ye....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Hujan lebat 10 Jun lalu menyebabkan siling pejabat saya bocor dan membasahi komputer saya. Air jatuh betul-betul di atas paparan kekunci dan tetikus menyebabkan peralatan itu rosak.

Disebabkan kejadian itu, saya terpaksa menunggu lebih seminggu sebelum kelengkapan itu dibaiki dan diganti.

Menunggu itu satu penyeksaan. Terpaksalah saya ‘terhegeh-hegeh’ meminjam komputer rakan, dan ada alanya ‘menganggur’ kerana tiada ‘terminal’ kosong.

Ketika komputer itu ‘hidup’ saya tidak ambil pusing. Selepas ‘dia mati’ barulah saya tahu betapa besarnya jasanya. Kejadian itu memberi hikmah dalam menyedarkan saya akan hakikat kehidupan.

Apabila kita memiliki sesuatu, jarang benar kita bersyukur dan memaksimumkan ‘keberadaan’ itu.

Ketika ibu bapa kita masih hidup, jarang benar kita ziarahi mereka. Atau kita ambil sikap tidak peduli.

Selepas orang tua meninggal dunia, barulah kita tahu betapa bernilainya kasih sayang mereka yang tidak dapat ditukar ganti.

Begitu juga dengan diri kita. Kita tidak peduli anggota badan kita termasuk hati. Apabila buta baru kita tahu nikmat mata, apabila kaki dipotong barulah kita tahu nikmat kaki, apabila sakit baru kita tahu nikmat kesihatan.

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w.,antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.


P/s: Ingat mengingati sesama kita...Apapun, Tahziah kepada keluarga Arwah Ustaz Asri Ibrahim (Kumpulan Nasyid Rabbani) diatas pulangnya ke Rahmatullah pada hari ini...Moga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Aaaaamin....


Saturday, August 8, 2009

SATU MALAYSIA



Salam buat kawan-kawan semua...
Sekarang ni sedia maklum, sibuk dengan slogan "1 Malaysia"...Kalau dalam badan kerajaan ni, penggunaan "1 Malaysia" Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan" akan acap kali dipraktikkan dalam kerja harian...terutama surat menyurat dan sebagainya.
Slogan ni sungguh menarikkan....
Apapun...sama2 kita praktikkan yer....

wassalam.......



Friday, August 7, 2009

KEM BESTARI SOLAT SIRI 3 2009


بسم الله الرحمن الرحيم…..

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, isteri-isterinya, sahabat-sahabat baginda serta para pengikutnya…
Salam buat semua.....

Insyaallah, esok SK SERI BALI, CHAAH akan mengadakan Kem Bestari Solat Siri 3 (Sabtu) kepada murid tahun 1 & 2 dan pada hari Jumaat akan datang pula bagi murid tahun 3,4 dan 5....tak lupa esok juga diadakan minggu kokurikulum bagi pelajar tahun 3,4 dan 5.....Kepada semua guru dijemput hadir untuk sama-sama terlibat dalam kem ini dan juga Unit Badan beruniform sekolah .
Kem Bestari Solat ini adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di Sekolah Kebangsaan Seri Bali Cha’ah, yang mana ia disertai oleh 285 orang murid tahun satu, dua, tiga, empat dan 5. Ia terdiri daripada 62 orang murid tahun satu, 50 orang murid tahun dua, 57 orang murid tahun tiga 57 orang murid tahun empat dan 59 murid tahun lima. Program ini merupakan program berkala yang dilakukan secara berperingkat untuk memastikan setiap murid dapat menunaikan solat mengikut rukun-rukun serta syarat-syaratnya agar teori serta praktikalnya dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, diharap program ini dapat diteruskan serta dilaksanakan untuk masa-masa yang akan datang dengan jayanya dengan sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Semoga semua yang terlibat akan mendapat manfaat dan mendapat keberkatan dari-Nya.

Sekian , terima kasih.

Wednesday, August 5, 2009

MELAKA TERUS CATAT KEMATIAN KES H1N1


Astagrirullahala'zim....saya br mendapat berita dari sahabat saya yang mengajar di SK Seram Darat,Merlimau...yang mengatakan sekolahnya terpaksa cuti selama semingu apabila salah seorang murid di sekolah itu telah meninggal dunia akibat deman selsema H1N1...semakin hari peningkatan kematian terus meningkat.....


Melaka terus mencatat kematian kes demam selsema babi@Influeza A@H1N1 apabila murid yang berusia 12 tahun meninggal dunia kelmarin akibat wabak berkenaan.

Kematian ketiga H1N1 di negeri ini melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari Taman Pulai Indah, Jasin. Murid berkenaan Amir Akram Nor Azman dari Sekolah Kebangsaan Serkam meninggal dunia hanya setelah mengalami demam dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Manakala kes kematian keempat H1N1 berlaku pada hari yang sama, kali ini melibatkan remaja lelaki berusia 20 tahun dari Ayer Paabas, Alor Gajah, di sini.
Mangsa dimasukkan ke wad Hospital Melaka pada 2 Ogos lalu dan meninggal dunia pada keesokkan hari kira-kira pukul 2.30 petang. Menurut sumber, remaja berkenaan merupakan seorang pekerja sebuah pasaraya besar yang terkenal di negeri ini. Walau bagaimanapun pasaraya berkenaan masih terus beroperasi sehingga hari ini.

Marilah sama-sama kita memohon pertolongan dari Allah moga dijauhkan diri kita dan keluarga kita dari bala bencana ini...Nau'zubillahi min zalik....



Tuesday, August 4, 2009

Tiada hadis sahih bicarakan malam Nisfu Syaaban


Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.
Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.

Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat 39)

Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.

Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.

Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir yang ma’thur.

- Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia

Responds:

Insyaallah...malam ni merupakan malam nisfu Syaaban....sama-samalah kita mempertingkatkan amalan dan ibadah kita bersama untuk mencapai keredhaan Allah....Walaupun ia dianggap Bida'ah Hasanah, namun kita boleh sama-sama mengamalkan dalam kehidupan kita...Mudah-mudahan kita akan memperoleh keberkatan dari -Nya

Hari Nisfu Sya'ban..
Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb Ogos
2009(selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 15hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA rabu 5hb OGOS INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...

Wassalam...

Monday, August 3, 2009

Tips Hilangkan Stress....

Salam untuk semua.....

Terlebih dahulu. saya nak minta maaf bebanyak lama dah tak "post"kan entri terbaru...
maklumlah bz sikit sejak dua menjak ni...apapun untuk tidak menghampakan sahabat baik "sekapal"..Kak Mie...saya masukkan tips untuk hilangkan stess......ehem..macamlah saya ni pakar sangat bab ni (tak pakar pun kak mie...cedok jugakkan..)..apapun kita kongsi bersama....kita insan biasa tak lari dari masalah samaada kita dapat kawal atau tidak.....

Setiap orang tentu pernah alami suatu masalah dan bahkan ada yang sampai mengalami stress, sebenarnya Stres dalam kehidupan seseorang merupakan hal yang baik, namun akan menimbulkan masalah bila stres itu berlebihan. Kita boleh mencuba tips berikut ini untuk membantu kita menjalani kehidupan dengan fikiran sihat. Kerana dengan berfikir sihat, kita boleh mengatasi stres lebih efektif.

- Berikan tidur yang cukup dan teratur. Waktu istirahat yang cukup dapat memberi kesegaran dan membuat kita lebih energik.
- Lakukan olah raga secara teratur, hilangkan ketegangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti positif antara lain berolahraga seperti bermain tenis, jogging, jalan kaki. Atau jika kita gemar dengan berkebun bisa dengannya.
- Cintailah diri anda, maafkan kesalahan anda dan perhatikan kegagahan anda.
- Belajar dan berlatih relaks, seperti menarik napas panjang dan relak otot dengan teratur.
- Pertahankan diet/makan yang seimbang dan teratur.
- Belajarlah untuk menerima apa yang tidak mungkin dapat diubah oleh manusia.
- Kerjakan dan selesaikan masalah anda satu persatu, berikan prioriti didalam menyelesaikannya. Jangan mengharapkan sesuatu dengan berlebihan.
- Cubalah sesuatu yang baru, misalnya makan ditempat yang baru atau mengunjungi tempat-tempat yang bersuasana baru bagi anda.
- Luangkan waktu untuk diri sendiri. Cari waktu dan tempat yang menurut anda boleh mendapatkan ketenangan dan privacy.
- Ungkapkan masalahnya, bicarakan masalah anda dengan teman dekat atau seorang ahli/konselor. Orang lain mungkin bisa melihat masalah anda dari sudut yang berbeza dan dapat menyarankan solusi yang tepat.
- Belajarlah untuk lebih rileks, dengan meluangkan waktu untuk melakukan sesuatu yang anda sukai. Karena jika sesuatu dilakukan karena anda sukai, maka hasilnya lebih bagus daripada anda melakukan sesuatu karena terpaksa.
Apa yang penting......
- Mendekatkan diri pada Allah( Sudah tentu..ni yang paling penting)
- Ketawa atau menangis sepuas hati (Jangan bagi orang nampak..nati apa kata orang lak..hehe)
- makan tanpa henti (mengunyahla..OPS...agak2 la....) ...
- pergi laut jerit kuat kuat (tak kisah laut mana..hehe.)
- bercakap tanpa henti (nak test suara..sedap tak?)
- drive laju kete (ye ker..sendiri mau ingatla..)
- buat buat mcm byk keja (Buat2 bz ek...tapi keje memang berlambak kan)
- aromaterapi spa (terpulang)
- Menulis sume pasal geram , marah dan semuanya diatas sehelai kertas(sehelai kertas ke..hehe) secara jujur kemudian koyakkan halus halus dan buang atau bakar. jgn sampai terbakar rumah dah..
Point yang terakhir, hindari penggunaan drug (obat-obatan terlarang) atau alkohol sebagai alat untuk menghilangkan stres anda, karena keduanya tidak akan menyelesaikan masalah penyebab stres anda melainkan hanya akan menjadi masalah/stres baru bagi anda.
Sama-sama kita kongsi ek....





I made this widget at MyFlashFetish.com.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


سعد الغامدي - Saad Al-Ghamdi

ISLAMIC ANIMATION

KITABULLAH

HELLO

Terima Kasih..Sila singgah blog ni lagi...

Terima Kasih