SALAM UKHUWAH FILLAH......


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MUQQADIMAH

Friday, August 7, 2009

KEM BESTARI SOLAT SIRI 3 2009


بسم الله الرحمن الرحيم…..

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, isteri-isterinya, sahabat-sahabat baginda serta para pengikutnya…
Salam buat semua.....

Insyaallah, esok SK SERI BALI, CHAAH akan mengadakan Kem Bestari Solat Siri 3 (Sabtu) kepada murid tahun 1 & 2 dan pada hari Jumaat akan datang pula bagi murid tahun 3,4 dan 5....tak lupa esok juga diadakan minggu kokurikulum bagi pelajar tahun 3,4 dan 5.....Kepada semua guru dijemput hadir untuk sama-sama terlibat dalam kem ini dan juga Unit Badan beruniform sekolah .
Kem Bestari Solat ini adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di Sekolah Kebangsaan Seri Bali Cha’ah, yang mana ia disertai oleh 285 orang murid tahun satu, dua, tiga, empat dan 5. Ia terdiri daripada 62 orang murid tahun satu, 50 orang murid tahun dua, 57 orang murid tahun tiga 57 orang murid tahun empat dan 59 murid tahun lima. Program ini merupakan program berkala yang dilakukan secara berperingkat untuk memastikan setiap murid dapat menunaikan solat mengikut rukun-rukun serta syarat-syaratnya agar teori serta praktikalnya dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, diharap program ini dapat diteruskan serta dilaksanakan untuk masa-masa yang akan datang dengan jayanya dengan sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Semoga semua yang terlibat akan mendapat manfaat dan mendapat keberkatan dari-Nya.

Sekian , terima kasih.

No comments:


I made this widget at MyFlashFetish.com.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


سعد الغامدي - Saad Al-Ghamdi

ISLAMIC ANIMATION

KITABULLAH

HELLO

Terima Kasih..Sila singgah blog ni lagi...

Terima Kasih