SALAM UKHUWAH FILLAH......


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MUQQADIMAH

Sunday, June 28, 2009

Penyakit : Sibuknya, Hebatnya



Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Cabaran dan ujian datang dalam bentuk yang pelbagai. Bagi yang beramal ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat. Merasa keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang telah diusahakan.

Nabi s.a.w bersabda :-

ثلاث مهلكات : : شح مطاع و هوى متبع وإعجاب المرء بنفسه

Ertinya : Tiga pemusnah (amalan), kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan merasa agung dan hebat dengan diri" ( Riwyaat Al-Bazzar & At-Tabrani, Hadis Hasan : ALbani )

Ada yang terdetik di sudut hatinya.

"Aku hebat, akulah sentiasa solat berjemaah di masjid"

Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya malah jauh lebih khusyu solatnya dan hatinya tawadhu'.

Benar, sedarkah kita bahawa walaupun kita sentiasa ke masjid, namun kebiasaannya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid atau surau itu. Mungkin sekali sekala kita yang terawal namun dalam banyak keadaan kita bukan yang terawal. Malah jika yang terawal sekalipun ia belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah swt.

Ada yang terdetik :

"Akulah hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam."

Sedangkan ia lupa ramai lagi yang lebih lama telah berjuang darinya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani dari dirinya.

DAHSYATNYA AKU, SIBUK BETUL

Lagi detikan :-

"Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah..hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini"

Ada yang merasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang dari merasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa darinya.

Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah ia terlupa dek kerana keghairahan memuji dirinya, terdapat ramai lagi yang lebih sibuk darinya dalam hal dakwah, malah 5 -6 ceramah setiap hari. Malah ada yang jauh lebih sibuk dari bercermaha. Iaitu mereka yang berjuang dalam penulisan kitab 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.

Lupakah dirinya, terdapat ramai yang berjuang namun bukan sekadar memberi ceramah tapi mereka sudah sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti-inti ceramah tersebut sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan. Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat ummat dari sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.

Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahnlah ianya sedikit malah perasaan sebegini akan menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah swt. Inilah nasihat buat saya dan rakan-rakan pendakwah di luar sana.

Rasulullah s.a.w mengajar kita, dalam hal keagamaan untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih dari kita, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Namun adalah malang ramai yang mengamalkan hadis ini secara terbalik. Dalam hal dunia sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu dari segala hukum halal haram.

Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk darinya, lalu mengganggap dirinya agak lebih baik. Seperti kata :

"ala orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu"

PALING ALIM

Selain dari itu, ada yang terdetik :

"Akulah antara yang teralim dan paling mendalam"

Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain. Sedangkan terleka dari firman Allah swt :-



وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ

Ertinya : "..dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui" ( Yusuf : 76 )

Inilah yang menjadikan Khalifah Umar Al-Khattab berkata :-

كل الناس أفقه من عمر

Ertinya : Semua orang lebih faham dari Umar al-Khattab (Tafsir Ibn Su'ud, 6/276 )

Inilahyang disebutkan oleh Ibn Qayyim :-

أي فوق كل ذي علم رفعه الله بالعلم من هو أعلم منه حتى ينتهي العلم إلى الله تعالى والكمال في العلم معدوم من غيره

Ertinya : ertinya di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, terdapat mereka yang lebih mengetahui darinya sehinggalah tamat pada ilmu Allah swt, dan yang sempruna dalam ilmu tidak selain Allah( Zad AL-Masir, 4/262 )



Ya Allah, diminta jauh dari penyakit sebegini hinggap di dalam hati-hati kami. Perlulah dikethaui bahawa antara punca datangnya penyakit ini adalah hasil pujian-pujian menggunung yang diperolehi. Sila baca bab tersebut di sini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

23 Jun 2008



Humaira' says:

Maaf sekadar untuk berkongsi bersama dengan sahabat...itupun copy melalui laman web ustaz Zaharuddin.net..... sya suukaaa sangat dengan laman web ustaz...banyak info yang boleh dipelajari....dan yang pasti ...betapa kerdilnya diri ini dengan ilmu yang cukup cetek..Yang penting banyak maklumat yang dipelajari di laman web ustaz.. Kepada kawan2, sudi2kan lah melawat web ustaz ni.( promote lak..hehehe ).Tak rugi tau.....Apapun.....Terima kasih pada Ustaz juga......Moga web Ustaz dapat dijadikan rujukan dan wadah perjuangan dalam memantapkan lagi ilmu yang tersedia ada bagi melahirkan generasi yang berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai "dusturnya...Mabruk Ya Ustaz....:-).Ilal Liqa'.....

Wassalam.....

Saturday, June 27, 2009

KENANGAN BERSAMA TERPAHAT SELAMANYA...






Salam Ukhuwah Fillah buat sahabatku tercinta...Pn Raja Syarifah Raja Bongsu,.....
Sebelum tu Ina nak ucapkan mabruk dan tahniah buat Pah sebab dah dapat pindah balik Terengganu....tentunya seribu rahmat dari Allah buat Pah.....Anggaplah perpisahan ini merupakan perpisahan yang dirahmati oleh Allah hendak-NYa...Aamin....

Selamat datang ke tempat baru...Jangan lupa kat Seri Bali lak tau...hehe.....Bila mengimbas kembali....Emmmm kita sama2 datang ke Seri Bali pada awal tahun 2005...tentunya banyak kenangan manis dan pahit bersama....Semoga sentiasa berjaya dan berbahagia bersama keluarga tersayang.....Doakan Ina di sini....

Ni gambar terbaru dan gambar saat2 terakhir Pah di Seri Bali....sebelum Pah ke Terengganu...Bila tengok gambar ni jangan lupa rindu kat kami lak..hehe....Ni sebabnya Ina posting gambar ni dalam blog Ina yang tak seberapa ni biar Pah tengok dan rindu kat Ina...Kak Maz...dan lain2....Biar lah ada adik Iman,...tu...hehe.

K lah...Moga ukhuwah kita akan kekal selamanya...Yang penting j-QAF diutamakan...walaupun menjadi perantau di negeri orang, banyak kenangan semasa berada di sini....terlalu manis untuk diungkapkan..hehe.

Apapun...All the best 4 u....Salam rindu sokmo...

Wassalam....

Thursday, June 25, 2009

CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK........



1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu:
Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat.Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.....Ingatan kita bersama.

Artikel dari:
http://istimewa2u.blogspot.com/2008/05/ciri-ciri-sahabat-baik.html


HUMAIRA' SAYS :

Syukran buat sahabat2 ku yang tersayang..... bersyukur kepadaNya kerana memiliki sahabat2 yang banyak membantuku samaada ketika senang atau susah...ku rindu saat indah dan kenangan ketika dahulu....Yang pasti...Kenangan bersama terpahat selamanya..

Bila ku dengar lagu dar UNIC,"sebuah pertemuan" cukup menusuk hatiku....Terima kasih kepada sahabat kerana sudi menjadi sahabatku....Ketahuilah...Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah....Moga Ukhuwah yang kita bina selama ini akan kekal selamanya...Insyaallah...

Hayatilah lirik ini....Dari seorang sahabat baik,(Kenangan bersama terpahat selamanya,terima kasih segalanya..Semoga berbahagia di samping insan tersayang..Doaku sentiasa mengiringi hidupmu..Insyaallah..:-)...),

UNIC-SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan

Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*)
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina....

Luahan kenangan dariku:-
(Hadiah dari hati, WANITA)...30 Julai...terpahat selamanya..

Tips Putus Cinta : Tenangkanlah Hatimu......



Hasil tulisan : Alfakeh (tokfakeh@gmail.com)

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Ceria2 selalu….. :)

Wassalam................

Humaira' says:

Salam Ukhuwah.....

Saat diriku mebaca artikel dari sahabat hasil tulisan al-Fakeh,....info yang sangat berguna untuk dikongsi bersama....tu ana masukkan dalam blog yang tak seberapa ini.

Pada pendapat ana,
perasaan cinta akan datang pada kita
bila kita pupuk atau siram atau baja dia…

Ya kekecewaan yg disebabkan cinta manusia
hanya bersifat sementara…
setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya..
sesiapa yg pernah kecewa,
hadapi ia dengan tenang...

Tak dinafikan, betapa sakitnya putus cinta di kala dewasa berbanding remaja..
bagai tiada siapa lagi yang tinggal utk kita.
bagai tiada masa hadapan untuk kita.
rasakan hanya si dia sahaja yang sesuai dan kita rasa selesa bersama.
Hakikatnya bila sudah lama menangis dan berdoa, baru kita nampak,

Apapun....

" Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…"

Yang penting, Cintalah pada Allah kerana DIA Kekal abadi...

Ingatlah:...

Jangan, pahit terus dibuang,
Manis terus ditelan,
Itu Bidalan.

Andai, kau sedang bahagia,
Ingat itu bukan, untuk selamanya.
Andai, kau dalam sengsara,
Ingat itu bukan, untuk selamanya,
Hidup ini sementara.

(Lirik dari penyanyi terkenal, Aris Ariwatan, Lagu 1,2,3,4.)

Hai to Aris, Pencipta Lagu & Penggubah Lirik.

http://www.4shared.com/file/51462107/9e13070c/Aris_Ariwatan-_1234.html?s=1
(Download Link).

"Sirr" Bulan Rejab....




Pada hari ini, 24 Jun 2009 (Rabu) kita telah memasuki bulan Rejab. Dikatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Jadi, mari kita melihat kembali apakah istimewanya bulan Rejab ini.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt”

Maka:
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi’raj (Sabtu, 30 JULY 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?”

Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.”

Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

p/s- Ingat mengingati antara kita semua.....Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5
perkara......

PROGRAM IHTIFAL j-QAF PERINGKAT DAERAH SEGAMAT 2009


Salam Buat sahabat sahabiah semua....


Sebagaimana yang kita tahu awal bulan Julai ni (Tidak diketahui tarikhnya lagi) akan diadakan Pertandingan Kalam Jamaei, Dikir Barat Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran dan Hafazan di peringkat daerah Segamat.

Semestinya ana yakin masing-masing sibuk untuk berlatih agar pasukan sekolah masing2 dapat menunjukkan persembahan yang baik dalam pertandingan nanti...."Maat Taufik wannjah a'la.kullukum"....

Untuk makluman semua, pasukan sekolah SKSB yang terlibat dalam Kalam Jamaei seramai 15 orang yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini dengan memilih tajuk " Fil madrasati jamilah'....Dengan masa yang begitu singkat tidak melemahkan semangat kami untuk terus berlatih demi menjulang Seri Bali...apapun tahun ni kami tak dapat menghantar pasukan Dikir Barat Bahasa Arab seperti sebelum ini.....Kepada anak didik SERI BALI,...Teruskan usaha anda.....Cintailah bahasa Arab kerana Bahasa Arab bahasa Al-Quran....All The Best...


Apapun pada semua....Mantopkan kualiti j-QAF dan pendidikan Islam kearah pendidikan kluster yang cemerlang, gemilang dan terbilang....

Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita



Oleh: Ismail Abu Bakar
(Petikan dari http://darussyifa.org/index.php)

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

* Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
* Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
* Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
* Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
* Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

doaistikharah.jpg

Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam

Wednesday, June 24, 2009

PENGHANTARAN e-PELAPORAN UJIAN PENCAPAIAN JAWI, AL-QURAN, BAHASA ARAB DAN PAFA 2009

Salam Ukhuwah....

Sila ambik perhatian buat sahabat sahabiah j-QAF exspecially daerah segamat...
Unit Pendidikan Islam PPD Segamat nak kan data bagi pencapaian 6 bulan pertama 2009.

Kepada penyelaras data j-QAF masing2 di ingatkan untuk menghantar dapatan pencapaian tersebut seperti makluman:-

Tarikh: 6 Julai 2009
Masa : 2.30 Petang
Tempat : PKG Bandar Segamat.

Apapun..."Perbetulkan niat kerana Allah"
Wassalam....

Saturday, June 20, 2009

Bila Al Quran Mula Bersuara.......



Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama


Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


P/s: Ingat mengingati antara kita bersama......

Tahniah kepada Pesilat - Pesilat Sekolah SKSBC 2009




Salam buat semua.....

Semalam menyaksikan Pertandingan Pencak Silat antara daerah2 segamat....termasuk sekolah "ana" pun terlibat.....Alhamdulillah...menang lagi Seri Bali dan bakal pergi ke peringkat negeri Johor..... Walaupun kali ni sekolah kami tidak terlibat secara lansung dari segi pengelolaannya bersama sekolah Menengah Chaah, namun semangat tolong menolong tetap ada...Tahniah kepada yang berjaya..yang kurang berjaya...Teruskan lagi kerana perjuangan kita belum selesai...Insyaallah.......

Saya terkilan juga kerana tidak dapat menghadiri Pertandingan semalam kerana masalah yang tidak dapat dielakkan...Apapun...Saya tetap menyokong Persatuan silat di sekolah ana sebagai guru penasihatnya... Apa Yang penting,Kerjaaaaaaaaaaaaasama....

Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memartabatkan silat sebagai warisan seni berzaman yang cukup bernilai.

Kepada Warga seri Bali, esok jangan lupa...Hari Mini Q....:-).....

Sehingga berjumpa lagi....

Wassalam....

“SILAT WARISAN AZALI, LAMBANG KEPAHLAWANAN SEJATI”......

Monday, June 15, 2009

Soal Jawab: e-LAPORAN j-QAF 2009




1. Apakah yang dimaksudkan dengan Format Laporan Pencapaian Program j-QAF?
Jawapan:
Format Laporan Pencapaian Program j-QAF ialah pengisian data prestasi murid-murid j-QAF sebanyak empat kali setahun yang dihantar pada bulan Mac, Jun, Ogos, dan Oktober.

2. Apakah tatacara pengagihan pengisian data yang praktikal untuk saya ikuti?
Jawapan: Tatatacara yang praktikal adalah seperti berikut:
(i) Guru setiap bidang menyediakan data mentah bidang yang diajar.
(ii) Data mentah yang lengkap dilaporkan di dalam mesyuarat panitia.
(iii) Data mentah tadi diagihkan mengikut kelas. Contohnya:
Data Tahun 1 Dahlia (sekiranya guru mencukupi) diisi oleh seorang guru X, yang mana guru X perlu mengisi semua data berkaitan Kem Bestari Solat, Ujian Jawi, Ujian Bahasa Arab dan Al-Quran 6 Bulan/Khatam Al-Quran.

3. Kenapakah saya perlu mengisi Format Laporan Pencapaian Program j-QAF?
Apakah kepentingannya?
Jawapan: Pencapaian murid dalam pelaksanaan Program j-QAF amat penting untuk dilaporkan kerana :
(i). Memastikan pencapaian murid seluruh negara diselaraskan secara terancang dan tersusun.
(ii). Guru dapat mengenal pasti murid yang belum berjaya menguasai semua kemahiran yang dicadangkan bagi setiap elemen dalam Program j-QAF.
(iii). Guru dapat mengambil tindakan susulan terhadap murid yang belum menguasai kemahiran yang dicadangkan.
(iv). Pencapaian dan pelaksanaan Program j-QAF dibuat secara Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) bukannya berasaskan peperiksaan (Exam Oriented), oleh itu pelaporan perlu dibuat secara terperinci dan berterusan supaya penghayatan guru dan murid sentiasa dapat dinilai dan dikenalpasti.
(v). Pelaksanaan Program j-QAF yang berperanan sebagai memperkasakan Pendidikan Islam diambil kira dalam pelaksanaan Teras ke 3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ).

4. Siapakah yang patut mengisi Format Laporan Pencapaian Program j-QAF?
Jawapan : Ketua panitia perlu menyelaras dan menyeragamkan agihan tugas kepada semua guru dalam panitia Pendidikan Islam.

5. Bilakah Format Laporan Pencapaian Program j-QAF ini diisi dan dihantar ke PPD?
Jawapan: Pengisian Format Laporan Pencapaian Program j-QAF perlu diisi pada minggu akhir Februari, minggu akhir Mei, minggu akhir Julai, dan minggu akhir
September dan dihantar ke PPD mengikut tarikh yang ditetapkan oleh JPN masing-masing.

6. Software Windows dan Office apakah yang paling sesuai dan digalakkan ketika mengisi Format Laporan Pencapaian Program j-QAF?
Jawapan: Software yang paling sesuai digunakan untuk pengisian Format Laporan Pencapaian Program j-QAF ialah Windows XP dan Office 2000 (disyorkan).

7. Apakah yang dimaksudkan dengan Kod Agama 1 hingga 6 ?

Jawapan: Kod Agama ialah:
1 = bermaksud murid beragama Islam dan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab sahaja.
2 = bermaksud murid beragama Islam dan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina sahaja
3 = bermaksud murid beragama Islam dan mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil sahaja.
4 = bermaksud murid Non Muslim dan berbangsa Cina mengambil mata pelajaran Bahasa Arab
5 = bermaksud murid Non Muslim dan berbangsa India mengambil mata pelajaran Bahasa Arab
6 = bermaksud murid Non Muslim berbangsa selain Cina dan India mengambil mata pelajaran Bahasa Arab

8. Sekiranya seorang murid Islam mengambil 2 mata pelajaran (Bahasa Arab & Bahasa Cina), apakah kod agama yang perlu diisi ?
Jawapan: Guru perlu mengisikan kod nombor 1 pada ruangan “Agama”.

9. Bagaimanakah cara untuk mengisi data pelajar yang masih tidak menguasai kemahiran dalam sukatan khatam Quran?
Jawapan: Isikan pencapaian terakhir murid pada lajur Iqra’ dan guru perlu mengisi lajur khatam al-Quran mengikut kaedah Baca Ikut Guru (BIG) seperti yang disarankan oleh pihak JAPIM KPM.

10. Sila terangkan perkara tersebut dengan terperinci?
Jawapan:
(i) Pelajar Tahun 1 pada 6 bulan kedua dan Tahun 2,3 dan 4 pada 6 bulan yang pertama yang masih membaca Iqra’ :
Laporan hendaklah dibuat mengikut jumlah ayat tertinggi di dalam BIG dan markah kualiti bacaan perlu diisi tidak melebihi 10 markah.
(ii) Pelajar yang membaca al-Quran tetapi masih di bawah sukatan :
Laporan hendaklah dibuat mengikut jumlah ayat tertinggi di dalam BIG dan markah kualiti bacaan boleh diberi sehingga mencapai 40 markah.
(iii) Pelajar yang membaca al-Quran mengikut sukatan :
Laporan hendaklah dibuat mengikut jumlah ayat tertinggi dan markah kualiti bacaan boleh diberi sehingga 40 markah.
(iv)Pelajar yang membaca al-Quran melebihi sukatan Khatam al-Quran :
Laporan hendaklah dibuat mengikut jumlah ayat tertinggi yang dibaca dan markah kualiti bacaan ialah 40 markah (markah penuh) dan 60 markah (markah penuh) kerana melepasi sukatan.

11. Perlukah saya mengisi mengikut BIG?
Jawapan: Ya, guru perlu mengisi laporan mengikut Baca Ikut Guru (BIG) bagi pelajar yang tidak mencapai sukatan khatam Quran (pelajar lemah).

12. Apakah kesan sekiranya laporan khatam al-Quran diisi tidak mengikut sukatan?
Jawapan: Sekiranya laporan khatam al-Quran tidak diisi mengikut sukatan yang telah ditetapkan (rujuk soalan 12), peningkatan prestasi pelajar tidak akan berlaku dan akan memberi kesan kepada objektif program j-QAF secara keseluruhan.

13. Dari manakah sumber soalan untuk mengisi markah pelaporan Jawi?
Jawapan: Sila rujuk Buku Panduan Ujian Pencapaian Jawi Tahun 1-6 yang disediakan oleh pihak JAPIM KPM.

14. Bolehkah saya menggunakan soalan yang disediakan oleh pihak sekolah, Majlis Guru Besar dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan penilaian pengisian pencapaian pelajar j-QAF?

Jawapan: Tidak boleh. Guru perlu mengikut soalan atau instrumen yang disediakan oleh pihak JAPIM untuk tujuan pengisian data pelaporan. Tetapi, tidaklah menjadi kesalahan bagi pihak sekolah untuk melaksanakan penilaian dalaman pencapaian semasa murid.

15. Apakah perbezaan mengisi data pencapaian Bahasa Arab antara tahun satu, dua, tiga dan empat?
Jawapan: Data Pencapaian Bahasa Arab untuk tahun 1, 2 dan 3 adalah berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan untuk Tahun 4 berdasarkan Ujian PKSR Pertengahan Tahun dan Ujian PKSR Akhir Tahun yang dibina dan dibekalkan oleh pihak JAPIM KPM.

16. Adakah perlu untuk mengisi data pencapaian Bahasa Arab oleh murid non-muslim?
Jawapan: Ya. Data pencapaian Bahasa Arab murid non-muslim perlu diisi dan direkodkan mengikut lajur yang telah disediakan dalam format pelaporan.

17. Adakah anda perlu memahami instrument dalam ujian PKSR Bahasa Arab yang disediakan sebelum mengisi data pelaporan?
Jawapan: Ya. Guru Bahasa Arab perlu memahami konsep dan instrumen yang disediakan dalam ujian PKSR sebelum mengisi data pelaporan.

18. Setelah saya mengisi semua laporan di dalam Format Laporan Pencapaian Program j-QAF, apakah yang perlu saya lakukan?
Jawapa n : Anda perlu memastikan semua data ESATU, EDUA, ETIGA dan EEMPAT selesai diisi kemudian di eksport ke ESEKOLAH. Kemudian data ESEKOLAH di eksport ke satu disket menjadi EPPD untuk dihantar ke UPIM PPD masing-masing.

19. Bagaimanakah cara untuk memastikan terdapat kesalahan dalam pengisian Format Laporan Pencapaian Program j-QAF sebelum menghantar EPPD kepada PPD ?
Jawapan : Terdapat dua situasi penting untuk mengesan kesalahan:
(i). Guru perlu klik di butang “SEMAK” di dalam ESATU, EDUA, ETIGA dan EEMPAT. Sekiranya terdapat nombor yang berwarna merah tertera di petak sebelah kiri butang tersebut, maka itu adalah petanda kesalahan atau kekurangan data telah berlaku pada ESATU, EDUA, ETIGA atau EEMPAT tersebut.
(ii). Ketua panitia pula perlu menyemak kembali di dalam ESEKOLAH dan sekiranya terdapat nombor berwarna merah di sebelah kanan dalam “RUMUSAN”, maka itu adalah petanda kesalahan yang masih berlaku.
Catatan: Sekiranya wujud situasi ruangan peratus dalam rumusan berwarna merah, ia menunjukkan peratusan rendah di bawah 40 peratus.
Tindakan :
(a) Guru perlu membetulkan kesalahan mengikut ESATU, EDUA, ETIGA atau EEMPAT sebelum mengeksport ke ESEKOLAH.
(b) Ketua panitia perlu memastikan kesalahan diperbetulkan. (Perkara ini perlu ambil perhatian yang sewajarnya sebelum mengeksport data ke EPPD)

20. Sekiranya berlaku masalah atau kesalahan di dalam ESATU, EDUA, ETIGA atau EEMPAT, apakah yang perlu saya lakukan?
Jawapa n : Ketua panitia perlu memastikan kesalahan dan membetulkan kesalahan yang dikesan tadi .Guru perlu mengimport dan eksport kembali kesalahan yang dibetulkan kedalam ESEKOLAH.

21. Bolehkah saya “copy” dan “paste” di dalam pencapaian pelajar bulan Jun kepada pencapaian bulan Oktober?
Jawapan: Tidak boleh.

22. Sekiranya terdapat murid yang berpindah ke sekolah lain, bolehkah saya mengisi lajur murid tersebut dengan nama pelajar lain?
Jawapan: Boleh.

23. Bolehkah saya “save” ESATU, EDUA, ETIGA atau EEMPAT sebelum saya eksport ke ESEKOLAH?
Jawapan: Boleh. Guru boleh menyambung semula pengisian data sebelum mengeksport kepada ESEKOLAH.

24. Apakah yang perlu dihantar kepada PPD bersama disket EPPD?
Jawapan: Satu disket (EPPD) dan satu salinan rumusan disertakan bersama surat iringan yang ditandatangani oleh guru besar .

25. Bahagian apakah yang perlu di cetak dan dihantar bersama disket EPPD?
Jawapan: Hanya bahagian “RUMUSAN” sahaja yang perlu dicetak beserta surat rasmi yang ditandatangani oleh guru besar, dan dihantar ke PPD bersama satu disket EPPD sahaja.

26. Apakah kesan sekiranya saya menghantar laporan yang salah/tidak lengkap kepada PPD?
Jawapan : Sekiranya laporan yang tidak lengkap atau salah dihantar ke PPD akan menyebabkan pihak PPD tidak dapat dapat mengumpul data daerah tersebut dengan sempurna. Laporan PPD kepada Jabatan Pelajaran Negeri tidak berfungsi dan gagal. Kesilapan dari satu sekolah menyebabkan keseluruhan laporan JPN akan gagal (sila ambil perhatian serius).

27. Apakah kesan sekiranya saya tidak jujur di dalam mengisi data pelaporan?
Jawapan: Semua guru perlu memahami faktor kejayaan program j-QAF adalah berdasarkan data pencapaian yang dilaporkan dalam format pelaporan program j-QAF. Sekiranya berlaku kesilapan atau ketidakseimbangan pelaporan disebabkan kecuaian guru dalam mengisi data, ini akan memberi kesan kepada kayu ukur kejayaan program j-QAF yang dilaksanakan untuk memperkasakan Pendidikan Islam.

28. Perlukah saya menyimpan data bulan Mac-Jun sehingga mengisi epelaporan bulan Ogos-Oktober?
Jawapan: Ya, perlu.

29. Adakah saya perlu memastikan prestasi pencapaian murid sentiasa meningkat dari laporan MAC hingga OKTOBER , dan laporan dari tahun semasa ke tahun berikutnya?
Jawapan: Ya. Guru perlu memastikan prestasi pencapaian murid dalam program j-QAF sentiasa meningkat dan cemerlang. Oleh itu, kesilapan mengisi data akan menjejaskan pelaporan prestasi pencapaian murid. Guru perlu peka dalam mengisi pelaporan ini kerana ia memberi kesan kepada prestasi laporan peringkat daerah dan negeri.

JODOH OH JODOH.....




ketika melayari blog ukhtiey, terbaca satu artikel yang menarik perhatian saya… sememangnya ada betulnya dalam artikel ini… bacalah artikel dibawah ini.. semoga kita akan terfikir mengenainya…

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “


Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” “


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…`"

Sunday, June 14, 2009

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS



Assalamualaikum..

SALAM IKHLAS PENUH UKHUWAH….

Selamat kembali ke sekolah..!!!..Moga percutian antum semua merupakan percutian yang mengembirakan…Insyaallah…Maklumlah kembali ke kampung halaman nak jumpa mak dan ayah tersayang…..tentu anak2 antum semua seronok jumpa nenek dan atuk mereka….Apapun semoga selamat sampai ke tempat kita mencari rezeki demi mendidik anak bangsa….buat semua perantau…Jadikanlah percutian ini sebagai pengubat rindu buat kampung halaman….:-).. YANG PENTING…kepada semua guru2 j-QAF, jangan lupa masukkan data-data e-pelaporan j-QAF 6 bulan pertama bagi sekolah masing-masing..hehehe.(Ingatan buat diri saya juga)…banyak tu nak masukkan data….nak2 lagi bagi semua maklumat
Al-Quran, jawi, bahasa arab,Kem Bestari Solat dari tahun satu hingga lima…(Banyak tu..:-) ).

Apapun ini merupakan tanggjawab kita…Peringatan buat diri saya juga, jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin….k lah sehingga berjumpa lagi…

“Perbetulkan niat kerana Allah..”

Wassalam…

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan…. ….”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang. .

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW, “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

I made this widget at MyFlashFetish.com.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


سعد الغامدي - Saad Al-Ghamdi

ISLAMIC ANIMATION

KITABULLAH

HELLO

Terima Kasih..Sila singgah blog ni lagi...

Terima Kasih