SALAM UKHUWAH FILLAH......


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MUQQADIMAH

Showing posts with label Coretan indah. Show all posts
Showing posts with label Coretan indah. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang” ....
..............

Monday, March 8, 2010

UNTUK RENUNGAN BERSAMA...




Bismillahirrahmanirrahim…….

Ya Allah…jika aku jatuh cinta…. cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…

Ya Muhaimin…. jika aku jatuh hati… izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta palsu…..

Ya Rabbana…jika aku jatuh hati….,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu….

Ya Rabbu Izzati…jika aku rindu….rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU…

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia padaMU

Ya Allah…jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamU…Aaamin…


@..
DOAKU….
MOGA KITA SAMA-SAMA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
BERJAYA DALAM MENGHARUNGI SEGALA DUGAAN DAN CABARAN YANG SEMEMANGNYA MENGUJI KEKUATAN IMAN KERANA TAPAK ITULAH YANG MENEMUKAN CINTA YANG SELAMA INI TELAH HILANG…..

SEMOGA CINTA YANG DICARI TELAH DITEMUI..SEMOGA ALLAH TELAH MELETAKKAN KITA DIBAWAH PAYUNG RAHMAT
KASIHNYA… Insyaallah…



By : Jimmie....

Tuesday, September 8, 2009

Terimalah Seadanya....



Setelah kamu memberikan banyak harapan kepada seseorg...
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorg, terimalah seadanya...
Janganlah kamu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa...
Apabia sesekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu akan kecewa dan meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga akhirnya...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan insan yang pasti membawa kebaikan kepada diri kamu, menyayangimu, mengasihimu...
Mengapa kamu berlengah, terus mencuba membandingkannya dengan yg lain, terlalu mengejar kesempurnaan...
Kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga akan menyesal...

Wednesday, May 6, 2009

Saat Rindu berdetik


Oh Tuhanku..
Tiada yg lebih indah dlm hidup ini
melainkan kerinduan yg hadir krn rindu pd p'temuan dgnMU
Namun siapalah diriku wahai Tuhanku..
M'harap kasihMU di celahan taqwa yg sedikit
dirimbun kelalaian yg m'gunung, dihimpit dek maksiat kpd.MU..
Namu Tuhanku..
Rahmat & kasih sayangMU
Sentiasa tidak pernah putus buat hambaMU
Atas nama Arrahman & Arrahim
betapa kerdil krn besarnya nikmaMU
tidak mampu ku syukuri..
Oh Tuhanku..
atas nama m'harap & terus m'harap
agar ehsanMU sentiasa bersamaku
menemani setiap detik denyutan nadiku
mengingatkan aku tika aku terleka dibuai tipu daya dunia..
Oh Tuhanku..
rindu ini berdetik lagi
aku merindui kasihMU
dalam dakapan maghfirahMU..

Wednesday, April 1, 2009

APAKAH "ANA" TELAH BELAJAR??

Saya belajar,
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..


Saya belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

Saya belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali
Serta orang yang begitu perihatin pada saya.

Saya belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya...

Saya belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan saya....
Dan untuk itu saya harus memaafkannya....

Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...

Saya belajar,
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
Tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan...

Saya belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...

Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki,
Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..

Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..

Saya belajar,
Bahawa saya punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis...

Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang saya cintai..

Saya belajar,
bahawa orang – orang yang yang saya kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan saya...

Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.

Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini.....

Sunday, February 1, 2009

CORETAN SEMATA-MATA


Hati ingin memetik bulan
Sayang tanganku tak sampai
Hati ingin menyayangimu
Sayang kau tak tahu



Ingin kuluahkan hasrat hatiku
Harapanku hancur satu persatu
Apakah jelita syaratmu
Maaf aku tak ayu

Aku sedar siapa diriku
Tak setanding pilihan hatimu
Tapi aku tak kira waktu
Kerana aku tetap memburu kasihmu

Aku tidak peduli amarahmu
Kerna ku persembah padamu
Hatiku yang jujur padamu
Tidak kisah sampai kapan kau balas cintaku
Aku setia menanti hingga hujung nyawaku

Kerna SATU prinsip hatiku
Tiada insan dunia yang satu
memiliki cinta seagung cintaku untukmu

Sekali aku jatuh cinta padamu
Sekali aku bertaut sayang padamu
Kepingin sekali aku memilikimu
Walau sebelah matamu
Tidak langsung memandang padaku....

(p/s: tiada kaitan yang hidup mahupun yg meninggal dunia... ini hanya coretan kawan semata-mata untuk diabadikan dalam blog ni )... benarlah soal hati sukar nak ditafsirkan...dan dimengertikan. Hanya orang yang merasai nya yang tahu tentang hati... Jangan mudah memberi kepada orang yang belum tentu sukakan kat kita...banyak pengajaran dan hikmahnya...apapun pengalaman merupakan "sekolah" kita yang terbaik...yang penting kita enjoy!!!!!

Wednesday, January 7, 2009

Ku Damba Kasih-Mu Ya Robbi....


" Kekadang.....Dia memberi sebelum kita sempat menadah tangan untuk meminta, kerana Dia sangat mengerti keperluan hamba-Nya,

"Kekadang...Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia, kerana hendak mengukur tahap keimanan kita kepada-Nya.


" Pabila permintaan hamba tidak diperkenankan-Nya, bukan bermakna Dia tuli dan tidak mendengar rintihan hambaNya, ada hamba yang dikasihi dibiar terlantar kesakitan..dibiar susah dan miskin, kerana cara itulah Dia mentarbiyah hambaNya, diberikan ujian untuk mendekatkan hamba kepadaNya dan melebarkan jalan buat si hamba, dalam kembara menuju Syurga nan abadi..........









I made this widget at MyFlashFetish.com.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


سعد الغامدي - Saad Al-Ghamdi

ISLAMIC ANIMATION

KITABULLAH

HELLO

Terima Kasih..Sila singgah blog ni lagi...

Terima Kasih