
Salam untuk semua sahabat-sahabatku....
Lama dah saya tak post kan entri dalam blog ni...apapun saya berusaha meluangkan masa untuk mengedit blog yang tak seberapa ini...terima kasih kepada kengkawan yang sudi menjenguk blog saya ye..
Untuk kali ini lagi, suka saya ambil post nih dari email yg dihantar seorang rakan .. agaknya ada yang dah menerima email yang sebegini...untuk renungan bersama ye....
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hujan lebat 10 Jun lalu menyebabkan siling pejabat saya bocor dan membasahi komputer saya. Air jatuh betul-betul di atas paparan kekunci dan tetikus menyebabkan peralatan itu rosak.
Disebabkan kejadian itu, saya terpaksa menunggu lebih seminggu sebelum kelengkapan itu dibaiki dan diganti.
Menunggu itu satu penyeksaan. Terpaksalah saya ‘terhegeh-hegeh’ meminjam komputer rakan, dan ada alanya ‘menganggur’ kerana tiada ‘terminal’ kosong.
Ketika komputer itu ‘hidup’ saya tidak ambil pusing. Selepas ‘dia mati’ barulah saya tahu betapa besarnya jasanya. Kejadian itu memberi hikmah dalam menyedarkan saya akan hakikat kehidupan.
Apabila kita memiliki sesuatu, jarang benar kita bersyukur dan memaksimumkan ‘keberadaan’ itu.
Ketika ibu bapa kita masih hidup, jarang benar kita ziarahi mereka. Atau kita ambil sikap tidak peduli.
Selepas orang tua meninggal dunia, barulah kita tahu betapa bernilainya kasih sayang mereka yang tidak dapat ditukar ganti.
Begitu juga dengan diri kita. Kita tidak peduli anggota badan kita termasuk hati. Apabila buta baru kita tahu nikmat mata, apabila kaki dipotong barulah kita tahu nikmat kaki, apabila sakit baru kita tahu nikmat kesihatan.
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w.,antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.
P/s: Ingat mengingati sesama kita...Apapun, Tahziah kepada keluarga Arwah Ustaz Asri Ibrahim (Kumpulan Nasyid Rabbani) diatas pulangnya ke Rahmatullah pada hari ini...Moga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Aaaaamin....
No comments:
Post a Comment