SALAM UKHUWAH FILLAH......


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MUQQADIMAH

Monday, April 27, 2009

CORETAN KEHIDUPAN

Ketika kita mengharapkan ketabahan,
Datang ujian yang berat untuk meningkatkan tahap kesabaran juga ketabahan,
Ketika kita meminta diberikan kesenangan,
Diberikan kesusahan agar dengan kesenangan yang tiba kemudian menjadi perkara yang disyukuri,
Ketika berdoa diberikan ketenangan,
diberikan kegelisahan agar dengan kegelisahan itu dia berusaha mencari erti ketenangan yang hakiki,
Ketika meminta kebahagiaan serta kerehatan jiwa,
diberikan kesusahan, kegelisahan, mehnah dan segala yang ada padanya kesusahan,
agar dengannya, ia mengenal erti kebahagiaan.
Kebahagiaan datang dengan perasaan cukup dengan apa yang ada.
Syukur dengan segala pemberian.
Itulah pemberian Allah pada manusia, Mengetahui apa yang perlu pada jiwa manusia berbanding apa yang diharapkan oleh kita.

Ketenangan Hati Yang Hakiki




”Segala Puji Bagi Allah yang memberikan perasaan ketenangan di dalam jiwa orang-orang beriman”…
Untuk kesekian kali, perasaan marah di hati tidak berjaya dibendung.
Bukan selalu perasaan ini timbul, tapi entah mengapa, apabila orang yang kita rasa dekat dikasari dan hampir dilukai, perasaan marah ini tidak berjaya dibendung.
Bukan sebab apa, hanya di atas dasar sebuah permainan dan perlawanan.
Aduh, sungguh masih tidak berjaya mengawal perasaan di jiwa.
Sungguh “huduh” wajah ketika marah.
Alangkah indah manusia yang sentiasa diberikan ketenangan di jiwa.
Apabila nikmat disyukuri , ujian disyukuri , susah senang sentiasa tenang.
Nikmat diberi, ucapan terima kasih tanda syukur kerana rezeki itu diberikan kepada kita. Syukur kerana dilapangkan keperluan.
Tika ujian diterima, ucapan syukur juga dihadapkan kerana menjadi insan terpilih dari ramai-ramai manusia untuk ujian ”kenaikan pangkat” di sisi Allah.
Bersyukur kerana dirinya masih menjadi perhatian Tuhan.
Allah sayangkan kita, dia menguji kita dahulu apakah kita layak menerima hadiah itu ataupun tidak.
Bersangka baik pada Allah, tidak perlukan banyak modal.
Hanya membersihkan hati dari segala prasangka.
Itulah modal membina ketenangan di jiwa.
Melihat kehidupan dari sudut kaca pandangan Tuhan pada dunia ini, pasti kita akan mudah beroleh ketenangan jiwa.
Dengan Allah kita berbaik sangka, dengan manusia kita berlaku baik.
Hidup ini hanya sementara, tetapi amalan akan boleh terus berkekalan sampai kepada kita walau hidup di dunia sudah berakhir.
Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam, walau sudah 1400 tahun meninggalkan kita, tapi namanya terus disebut, jasanya terasa sehingga kini.
Di dalam alquran Allah telah berfirman di dalam surah sapi betina :

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)

Di dalam surah keluarga Imran pula disebut :
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (110)

Friday, April 24, 2009

AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS



1.Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.
Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Tuesday, April 21, 2009

Kedudukan Solat dan Hukumnya



"Solat adalah wajib menurut Al Quran dan Sunnah dan Ijmak, ke atas setiap muslim yang baligh, berakal, KECUALI wanita yang haid ataupun nifas. berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Bayyinah, ayat 5:

Dan tidaklah diperintahkan (kepada kalian) agar beribadah kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan dan baginya adalah agama yang lurus serta mendirikan solat dan menunaikan zakat. itulah agama yang benar-benar lurus.

seterusnya dari surah an-Nisaa, ayat 103:

Sesungguhnya solat telah ditetapkan ke atas orang-orang beriman pada waktunya.
daripada nas dan dalil Sunnah:

Hadis Muadz radhiallahuanhu ketika Nabi SAW mengutuskannya ke Yaman dan berpesan kepada beliau: Dan ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah telah menetapkan/ mewajibkan ke atas mereka solat 5 waktu sehari semalam.

Diriwayatkan Bukhari dalam bab zakat, no hadis 1331, Muslim dalam bab Iman no hadis 19, al-Tirmizi dalam bab zakat no hadis 625, an-Nasaie dalam bab zakat no hadis 2435, Abu Daud dalam bab sama no hadis 1584, Ibnu Majah bab Zakat no hadis 1783, Ahmad no hadis 1/233, dan Darimi bab zakat no hadis 1614. Dikeluarkan Bukhari dalam bab zakat, kewajipan zakat dengan no 1395, Muslim dalam bab Iman, bawah tajuk seruan kepada 2 kalimah syahadah, no hadis 150

Juga hadis daripada Ibnu Umar radhiallahuanhuma daripada Nabi SAW bahawa baginda menyebut: Islam terbina atas 5 perkara, kesaksian bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan ramadhan, menunaikan haji di Baitullah bagi sesiapa yang mampu.

Diriwayatkan Bukhari dalam bab Iman no hadis 8, Muslim dalam bab sama no hadis 16, al-Tirmizi dalam bab Iman no hadis 2609, an-Nasaie dalam bab Iman no hadis 5001 dan Ahmad no hadis 2/93. Hadis disepakati oleh Bukhari dan Muslim, dalam Kitab Iman, bab D'oa kalian dan Iman kalian dengan no hadis 8, juga Muslim dalam Kitab Iman, bab penjelasan mengenai Rukun-rukun Islam, dengan no 16.

Seterusnya hadis daripada Ubadah bin Samit radhiallahuanhu berkata, aku mendengar Rasulullah SAW menyebut: 5 solat yang telah ditetapkan Allah Taala ke atas para hamba, barangsiapa yang menunaikannya tanpa rasa sempit (merasa berat) dengannya satu apapun ataupun meringankan penunaian haknya (iaitu hak kewajipan solat), maka baginya adalah janji Allah untuk memasukkannya ke dalam Syurga.

Diriwayatkan an-Nasaie dalam bab Solat no hadis 461, Abu Daud dalam bab sama no hadis 1420, Ibnu Majah dalam bab mendirikan solat dan sunnah dalamnya no hadis 1401, Ahmad no hadis 5/ 316, Malik dalam seruan kepada solat no hadis 270 dan Darimi dalam bab solat no hadis 1577. Juga dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitab Solat, bab tidak berwitir, no hadis 1420, disahihkan Al-Albani rahimahullah dalam Sahih Sunan Abu Daud, no hadis 1266 dan 186.

IJMAK menyetujui bahawa kewajipan solat 5 waktu dalam sehari semalam.Rujuk buku Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah, mukasurat 36.

Solat tidak wajib ke atas wanita yang sedang dalam haid atau nifas berdasarkan sabda Nabi SAW, bukankah apabila datangnya haid (kalian) tidak menunaikan solat dan tidak berpuasa.

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam bab Haid dengan no hadis 298 dan Muslim dalam bab Iman no hadis 80. Bukhari dalam kitab Haid bab wanita haid meninggalkan puasa, no hadis 1114 daripada Abu Said dan Ibnu Umar radhiallahuanhuma.

Larangan waktu solat:

Daripada Abu Said al Khudri radhiallahuanhu berkata, aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Tidak ada solat selepas subuh sehingga jatuhnya matahari, dan tiada solat selepas asar hingga terbenamnya matahari.

Hadis disepakati Bukhari dan Muslim, lafaz hadis daripada Muslim pula, tiada solat selepas solat fajar. Dikeluarkan Bukhari dengan no 586, Muslim dengan no hadis 827, Ahmad pula no hadis 3/ 95

jatuhnya matahari, membawa maksud tergelincir matahari ketika masuknya waktu zuhur.

kedudukan solat boleh diperhalusi melalui rangkuman nas-nas di bawah:

kita tahu bahawa solat amat penting bahkan diletakkan sebagai tiang agama serta ibadah pertama yang dihisab pada hari Akhirat kelak. Jelas sekali kepentingan kedudukan ibadah ini ditonjolkan dalam sabda-sabda Nabi SAW

Hadis Muadz radhiallahuanhu bahawa Nabi SAW berkata: Kemuncak perkara ialah Islam, dan tiangnya adalah solat.

Hadis diriwayatkan Al-Tirmizi dalam kitab Iman, no hadis 2616, Ibnu Majah dalam kitab Fitan, no hadis 3973 dan Ahmad no hadis 5/ 231. Al-Tirmizi dalam Kitab Iman, bab apa yang menjadikan solat sebagai mulia, dengan no 2616, hadis ini adalah hadis hasan sahih, dikeluarkan oleh Ibnu Majah dan dihasankan oleh Al-Albani dalam Irwa' Ghalil, no hadis 2138

Daripada Anas bin Malik radhiallahuanhu daripada Nabi SAW berkata: Pertama sekali yang dikira ke atas seorang hamba pada hari kiamat ialah solat, jika baik maka baiklah seluruh amalannya, jika rosak maka rosak seluruh amalannya.

Diriwayatkan Al-Tirmizi dalam kitab Solat, no hadis 413, an-Nasaie dalam bab sama, no hadis 465, Ibnu Majah dalam bab mendirikan solat dan sunnah dalamnya, no hadis 1425.

bahkan antara pesanan/ wasiat terakhir Rasulullah SAW ke atas umatnya ialah solat berdasarkan penceritaan daripada Ummu Salamah radhiallahuanha bahawa beliau berkata: Apa yang menjadi pesanan akhir Rasulullah SAW(baginda menyebut), Solat! Solat..

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Kitab Jenazah, no hadis 1625, Ahmad no hadis 6/315. Juga oleh Ahmad, no hadis 6290, 311, 321 dan disahihkan hadis tersebut Al-Albani dalam Irwa Ghalil, no hadis 7238

besarnya kedudukan solat dalam agama ini.

Kisah Nabi Ismail A.S dirakamkan dalam Al Quran dalam surah Maryam ayat 54-55 menandakan pujian Allah terhadap orang-orang yang mendirikannya

Dan (dia iaitu Nabi Ismail) menyuruhkan ahli keluarganya dengan (mendirikan) solat dan zakat serta dia disisi Tuhannya adalah yang diredhainya.

Surah Al Mukminun sendiri merupakan satu pujian khusus tentang sifat orang mukmin, antaranya dalam bab mendirikan solat.

Telah berjaya orang-orang mukmin itu, iaitu yang khusyuk dalam solatnya
(Al-Mukminun: 1-2).

seterusnya dalam surah Taha: ayat 132

Dan perintahkanlah ahli keluargamu dengan solat dan bersabar ke atasnya (iaitu bersabar dalam menunaikan solat). KAMI tidak memohon rezeki daripada kalian (iaitu manusia dan makhlukNYA) bahkan KAMIlah yang memberikan rezeki (buat kalian)..

Menunaikan solat dengan sabar, begitu juga ibadah-ibadah lain.

Ayat al Quran seterusnya ialah dalam surah Maryam: ayat 65

Dan bersabarlah dalam ibadahnya (iaitu dalam beribadah kepadaNYA)


Solat dibandingkan dengan berkata benar seperti dalam firman Allah dalam surah al Qiyamah, ayat 31

Dan (mereka) tidak berkata benar mahupun bersolat

bab Kelebihan solat:

Mencegah dari kemungkaran dan kemaksiatan
Ayat 45, surah Ankabut

Sesungguhnya solat itu mencegah dari yang keji dan mungkar

Sebaik-baik amal ibadah selepas 2 kalimah syahadah
berdasarkan hadis Abdullah bin Mas'ud radhiallahuanhu berkata, Rasululullah SAW ditanya, apakah amalan paling baik? baginda menjawab: solat pada waktunya.

Hadis diriwayatkan Bukhari dalam bab Waktu-waktu solat, no hadis 514, Muslim dalam Kitab Iman, no hadis 85, al-Tirmizi dalam bab Kebaikan dan perhubungan silaturrahim, no hadis 1898, an-Nasaie dalam bab Waktu-waktu Solat, no hadis 610, Ahmad no hadis 1/444 dan Darimi dalam kitab Solat no hadis 1225

Menyucikan dosa berdasarkan hadis daripada Jabir radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menyebut, perumpamaan solat 5 waktu itu seperti sebatang sungai yang mengalir di hadapan pintu kamu, kamu mandi dan menyucikan diri dengannya setiap hari sebanyak 5 kali

hadis ini diriwayatkan Muslim dalam kitab Masjid dan tempat solat no hadis 668, Ahmad no hadis 3/ 317 dan Darimi dalam kitab solat, no hadis 1182.Muslim dalam bab berjalan ke arah tempat solat, memadamkan dosa dan meninggikan darjat dengan no 668

Solat memadamkan dosa (kecil) berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah radhiallahanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: Solat 5 waktu, solat jumaat ke jumaat lain, (puasa) bulan ramadhan ke ramadhan seterusnya adalah penghapus dosa di antaranya selagi tidak melakukan dosa besar.

Diriwayatkan Muslim dalam kitab Thaharah, no hadis 223, al-Timirzi dalam kitab no hadis 214, Ibnu Majah dalam kitab mendirikan solat dan sunnah dalamnya, no hadis 1086 dan Ahmad no hadis 2/ 400.

Hadis yang biasa kita tahu dan dengar mengenai Qarun, Haman dan Firaun, ni takhrijnya kerana ia berkait dengan kepentingan solat yang menjadi 'cahaya' bagi seseorang

Hadis dari Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda, Barangsiapa yang menjaga terhadapnya (iaitu solat 5 waktu), maka ia menjadi cahaya ke atasnya (iaitu orang itu) juga menjadi petunjuk dan pembebasan pada hari Kiamat, manakala barangsiapa yang tidak menjaganya maka tiada cahaya baginya atau petunjuk atau pembebasan bahkan pada Hari Kiamat kelak diletakkan bersama Qarun, Haman, Firaun dan Ubay bin Khalaf.

Diriwayatkan al-Tirmizi dalam kitab solat, no hadis 223 dan Abu Daud dalam bab sama no hadis 561. Al-Albani mensahihkannya dalam Mishkat Masabih kerana banyak jalur periwayatan, dengan no 1224.

Solat meninggikan darjat dan memadamkan dosa

Ini berdasarkan hadis daripada Thauban daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: Untukmu, (hendaklah) membanyak sujud kerana tidaklah engkau bersujud semata-mata untuk Allah kecuali Allah mengangkatmu dengannya (iaitu sujud-sujud yang dilakukan) darjat dan memadamkan daripadamu dosa-dosamu.

Hadis ini diriwayatkan Muslim dalam kitab Solat, no hadis 489, an-Nasaie dalam bab perlaksanaan, no hadis 1138 dan Abu Daud dalam kitab solat no hadis 1320. Dalam Sahih Muslim, ia diletakkan dalam Kitab Solat, bab keistimewaan sujud dan galakan terhadapnya, dengan no 488

-almarwah_madinah-Sahabat Komuniti Inteam.com.

Tuesday, April 14, 2009

Tazkirah..."Menangis Kerana Takut".....


Assalammualaikumm w.b.t...

Kisah Teladan kali ini sangat menyentuh hati dan perasaan saya...
dengan rasa insafnya.. saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua..

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahwa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. "Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut..."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, " em kerjakan.? (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Wednesday, April 8, 2009

WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA


• Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
• Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah)
• Pada bulan Ramadhan
• Pada malam Jumaat
• Pada hari Jumaat
• Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam
mengucapkan salam
• Pada tengah malam
• Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam)
• Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
• Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)
• Pada waktu sahur (sebelum fajar)
• Sesudah berwuduk
• Ketika orang azan untuk sembahyang
• Antara azan dan iqamat
• Ketika orang mengucapkan iqamat
• Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
• Di dalam pertempuran di medan perang
• Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu
• Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
• Ketika sedang membaca Al-Quran
• Setelah tamat membaca Al-Quran
• Ketika minum air zamzam
• Pada waktu ayam jantan berkokok (pda waktu pagi)
• Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
• Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut
kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca
dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
• Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
• Pada waktu turun hujan
• Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu

Monday, April 6, 2009

KISAH GURU DENGAN ANAK-ANAK MURIDNYA


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!' Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus di sosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kitatidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

'Keluar berduaan antara lelaki dan perempuan , berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburanyang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.

'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. ..... 'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?' Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..

'Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,sehingga kita tidak sedar. 'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ...' 'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.'

'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... ' 'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya murid- murid. 'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.' 'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akansedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'. 'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...'

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA.. MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGADIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYABILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

MEMBINA KEKUATAN DIRI


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia telah bersabda:"Seorang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah, dan pada masing-masing terdapat kebaikan, utamakan apa yang memberi faedah kepada kamu dan mohonlah pertolongan dari Allah dan jangan kamu menjadi lemah. Kalau kamu ditimpa sesuatu janganlah berkata " Kalau aku lakukan begini sudah tentu akan berlaku, tetapi katakanlah : Ia takdir Allah, apa yang dikehendaki Allah dilakukanNya, kerana sesungguhnya perkataan (kalau) membuka perbuatan syaitan".
(HR. Muslim)

Penerangan:

1. Utamakan apa yang memberi faedah kepada diri sendiri.

2. Mohon pertolongan daripada Allah"Dan kepada Allah jualah dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu"
(Surah Yusuf:18)

3. Jangan menjadi lemah, kuatkan azam, utuhkan keyakinan dalam menghadapi apa jua suasana dan perubahan.

4. Jangan memberi laluan kepada syaitan untuk menguasai diri kita.

Keterangan menenai hadis ini boleh dibaca di link di artikel di bawah...

"Seandainya.......Andaikata"....!!!
Oleh itu hendaklah kita mengelakkan diri kita daripada menjadi muslim yang lemah. Antara penyakit diri seorang muslim ialah seperti yang disebutkan Rasulullah SAW iaitu penyakit wahan.
Apa itu penyakit wahan?
"Di antara cara yang membolehkan seseorang muslim itu menjadi gagah dan kuat ialah dengan menjauhkan diri daripada kehidupan maksiat dan berpeleseran, sebaliknya hendaklah membiasakan dirinya dengan kehidupan yang bersih lagi lurus, kerana seorang yang tidak punya kehormatan dan maruah diri, orang itu bukanlah orang yang kuat, walaupun ia memakai pakaian hulubalang dan menjadi pengikut raja".
(Syeikh Muhammad Al-Ghazali)

SEPULUH WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA


"1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilahbuku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullahdan janganlah membuang masa dalamperkara yang tiada memberi faedah

3.Berusahalah untuk bertuturdalam bahasa Arab kerana bahasa Arabyang betul itu adalah satu-satunyasyiar Islam

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran yang kosong tiada memberiapa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yangmemberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebihbanyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

Thursday, April 2, 2009

MENJANA KEHEBATAN DIRI DALAM PERGAULAN Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


Jangan Ada Benci Di Hati
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.
Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.
Berjihad itu WAJIB

Wednesday, April 1, 2009

APAKAH "ANA" TELAH BELAJAR??

Saya belajar,
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..


Saya belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

Saya belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali
Serta orang yang begitu perihatin pada saya.

Saya belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya...

Saya belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan saya....
Dan untuk itu saya harus memaafkannya....

Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...

Saya belajar,
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
Tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan...

Saya belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...

Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki,
Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..

Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..

Saya belajar,
Bahawa saya punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis...

Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang saya cintai..

Saya belajar,
bahawa orang – orang yang yang saya kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan saya...

Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.

Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini.....

Pesanan Rasulullah sebelum tidur


Tafsir Haqqi: Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….


“Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?


“Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur lakukan:
1. Pembacaan surah Al-Ikhlas tiga kali, ia seakan-akan kamu mengkhatamkan Al Qur’an.

2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3. Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.

4. Perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”


Mari kita mengamalkannya
Sebelum tidur……

I made this widget at MyFlashFetish.com.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


سعد الغامدي - Saad Al-Ghamdi

ISLAMIC ANIMATION

KITABULLAH

HELLO

Terima Kasih..Sila singgah blog ni lagi...

Terima Kasih