SALAM UKHUWAH FILLAH......


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MUQQADIMAH

Wednesday, January 28, 2009

LARANGAN BERPUTUS ASA


"Apabila tertimpa pada dirimu suatu dosa, maka janganlah dosa itu menjadi sebab bagimu berputus-asa untuk menghasilkan istiqamah di sisi Tuhanmu. Kerana yang demikian itu kadang-kadang sebagai dosa terakhir yang ditakdirkan oleh Allah ke atasmu."
(Kalam Hikmah Ibnu Athaillah al-Iskandari)


"Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah al-Hijr:56)


"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf:87)


"...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."
(Surah al-Baqarah:222)


Seseorang dapat terhindar dari perbuatan maksiat dan dosa melalui tiga perkara sepertimana berikut:-


1. Rajin dan istiqamah dalam bertaubat kepada Allah, yakni berterusan mengerjakan taubat pada setiap waktu. Misalnya setiap malam hari sesudah sembahyang Isya', atau setiap hari sesudah sembahyang Subuh. Sama ada telah melakukan dosa atau tidak, hendaknya seseorang bertaubat dari Allah dan memohonkan keampunanNya. Ini adalah salah satu cara menghindarkan diri daripada dosa.


2. Secara langsung dari Allah, dengan kehendakNya seseorang dapat terhindar dari segala dosa iu, mungkin dengan cara mematikan hamba tersebut sebelum ia terjebak dalam perbuatan dosa itu.


3. Dengan cara adanya berbagai rintangan. Maksudnya seseorang itu tidak sampai terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana adanya pelbagai halangan atau rintangan yang menyebabkan ia terhindar dari dosa.


( Syarah Al-Hikam)

Thursday, January 15, 2009

BINGKISAN DOA


Bingkisan Doa.

(Amalkan sepanjang masa...InsyaAllah..)

"Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya Tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…



Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…



Dan ya Allah yang tercinta… Gantilah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah….Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Seribu senyuman belum tentu menawan hati......

satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci.....


membina mengambil masa.......


meruntuh sekelip mata ...


untuk itu jalinkan silaturrahim kerana Dia.......






Wednesday, January 14, 2009

Para Pencari-Mu- SESUNGGUHNYA....

Saat dunia berhenti berputar
saat manusia tak sanggup lagi berharap
ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
menyinari dunia yang tak kau singgahi


mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi
dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

sesungguhnya manusia takkan bisa
menikmati Syurga tanpa ikhlas di hatinya
sesungguhnya manusia takkan bisa
menyentuh nikmatnya tanpa tulus di hatinya


Album ini sesuai untuk dimiliki. Lirik yang begitu mencuit jiwa nurani. . Lagu ini punya jiwa Islam yang besar. Lagu ini memang tepat menuju kepada kita sebagai peringatan bahawa jika kita tidak 'memberi' kepada Allah, Allah tidak akan 'memberi' kepada kita semua..Wallahua'lam....Saya suka sangat lagu ni..:-)..

Sunday, January 11, 2009

KEMPEN MEMBOIKOT SEMUA BARANGAN KELUARAN YAHUDI



Dengan nama Allah swt dan Nabi Muhammad saw pesuruhnya dan diatas nama persaudaraan umat islam seluruh dunia,oleh itu saya mewakili Umat Islam sebulat suara melancarkan KEMPEN MEMBOIKOT SEMUA BARANGAN KELUARAN YAHUDI. Justeru saya menyeru seluruh warga SERI BALI dan komuniti-komuniti lain di luar sana untuk berganding bahu memboikot atau dalam bahasa mudahnya tidak membeli lagi semua barangan-barangan yang dikenal pasti membantu secara langsung atau tidak langsung didalam membantu rejim zionis laknatullah. Atas kesedaran bahawa seluruh umat islam itu bersaudara maka sewajarnyalah sahabat-sahabat membantu dalam kempen ini. Telah berkata Dr Yusuf Al-Qardhawi yang mewakili Ketua Ulama' Sedunia Boikot Barangan Israel!
Bismillahirrahmanirrahim.. "Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Wednesday, January 7, 2009

PENGHALANG DOSA


"DOA merupakan senjata bagi orang Islam. Ini sebenarnya adalah hadiah Allah untuk kita. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Ada kalanya kita rasa kita telah berkali-kali berdoa tapi Allah belum memperkenankannya. Selain itu adalah ujian dari Allah ingin menguji keikhlasan dan keimanan kita. Kita juga perlu mengkaji di mana silapnya kita. Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjadi hijab atau penghalang kepada doa-doa kita itu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar yang pernah kita lakukan dan salah satu cara untuk mengatasinya dengan bertaubat nasuha yakni taubat yang sungguh-sungguh.
Di sini dibentangkan lapan belas perkara yang menjadi hijab atau penghalang doa:
1. Orang yang membunuh orang lain tanpa tujuan.
2. Orang yang menaburkan cerita yang belum tentu sahih
3. Orang yang melakukan pekerjaan yang serupa binatang.
4. Orang yang mengekalkan minum arak atau benda-benda lain yang boleh memabukkan.
ALLAH telah berfirman: ”Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantara (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati ALLAHdan sembahyang, maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu. ”
AI Maidah: 91.Keterangan di atas sesuai dengan Hadis Rasulullah SA W yang bermaksud ’Semua minuman yang memabukkan adalah arak dan semua arak adalahharam. ” Riwayat Muslim
5. Orang yang mengekalkan zina, iaitu dosa besar yang tidak akan diampunkan selama-lamanya.
6. Orang yang menderhakai ibubapanya atau salah seorang daripadanya. ALLAH telah berfirman; ”Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika seseorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah tua jangan kamu keluarkan perkataan kasar terhadap keduanya dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia (lemah-lembut).Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya dan hendaklah engkau katakan ”Wahai Tuhan kasihilah kedua ibubapa kami dan berilah Rahmat-Mu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar.....Untuk mengatasinya bertaubatlah dengan taubat nasuha; taubat yang sungguh-sungguh kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil.”Al Israk: 23-247. Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan yang menyalahi syariat eperti bermain silap mata.
8. Ahli nujum yang mengkhabarkan nasib orang lain sedangkan kehidupan kita dari alam roh hingga ke akhir hayat telahpun ALLAH tetapkan sejak azali lagi.
9. Orang yang hasad dengki sesama umat Islam. Dia suka orang lain ALLAH timpakan bala malah mencemburui seandainya orang lain yang dikurniakan nikmat Tuhan.
10. Orang yang suka mengadu domba, memukul canang kepada orang lain supaya timbul pecah-belah antara kedua belah pihak. Kadangkala mengakibatkan kedua-dua pihak itu tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari tanpa keuzuran syarie.
11. Orang yang suka mengumpat hal orang lain terutama terhadap orang-orang alim yang cinta dengan ALLAH
12. Orang yang mengambil cukai dari harta manusia tanpa redha mereka. Inilah perkara yang paling ditakuti kerana ketika di dalam kubur lagi akan ditimpakan azab yang pedih.
13. Orang yang menjual barang dengan cara yang haram, mengangkat jual beli dengan sumpah yang dusta, contohnya menaikkan harga barang-barang dua tiga kali gandanya dari harga asal. Menipu dalam sukatan dan timbangan dan memakan harta riba.
14. Orang yang membenci para sahabat Rasulullah SAW.
15. Orang yang menunjuk-nunjuk diri dengan gayanya yang lemah-longlai seperti mayang di depan orang lain supaya mereka merasa kagum dengan kecantikkannya.
16. Orang yang bermain catur dan judi.
17. Orang yang bermain gendang yang kecil di tengahnya, luas di kedua tepinya tetapi tepi yang ada kulit itu lebih luas daripada yang tiada berkulit. Kalau di zaman sekarang ini kompang dan gendang yang dibubuh lingkaran rotan di dalamnya supaya terdengar bunyi gentanya yang mengasyikkan.
18. Orang yang bermain rebab, biola dan seruling (serunai).
Oleh itu sebagai nasihat kepada kita bersama, jika kedapatan perkara-perkara yang dibentangkan itu pada diri kita, bertaubatlah segera dengan taubat nasuha. Agar kita mendapat falah (kemenangan) di Akhirat sebelum datangnya maut. Tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh melalaikan kita dari mengingati ALLAH juga perkara-perkara yang menjauhkan diri kita dari-Nya. Semoga ALLAH SWT menggantikan dengan sebesar-besar kurnia dan RahmatNya sebagai penutup segala perbuatan jahat yang lampau.
Allah telah berfirman; ”Sesungguhnya segala amal yang baik menghapuskan akan segala perbuatan yang jahat. ”

Ku Damba Kasih-Mu Ya Robbi....


" Kekadang.....Dia memberi sebelum kita sempat menadah tangan untuk meminta, kerana Dia sangat mengerti keperluan hamba-Nya,

"Kekadang...Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia, kerana hendak mengukur tahap keimanan kita kepada-Nya.


" Pabila permintaan hamba tidak diperkenankan-Nya, bukan bermakna Dia tuli dan tidak mendengar rintihan hambaNya, ada hamba yang dikasihi dibiar terlantar kesakitan..dibiar susah dan miskin, kerana cara itulah Dia mentarbiyah hambaNya, diberikan ujian untuk mendekatkan hamba kepadaNya dan melebarkan jalan buat si hamba, dalam kembara menuju Syurga nan abadi..........








Monday, January 5, 2009

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2009


Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh……
Salam Ukhuwah Fillah..

Pada tahun 2009 merupakan tahun ke 5 saya mengajar di SK Seri Bali, Chaah, Segamat Johor. Alhamdulillah…masih dipanjangkan umur untk melaksanakan tangungjawab sebagai seorang pendidik kepada anak bangsa dengan penuh sabar dan hati yang cekal.

Sepatutnya bila saat melangkah tahun yang baru, guru bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik namun hati ini masih “tidak bersedia” sepenuhnya disebabkan beberapa faktor yang cuba diatasi agar tidak terbawa-bawa demi anak didik sekalian. Mungkin faktor berjauhan dengan keluarga merupakan salah satu sebab tidak bersedia dengan sebaik mungkin.Tak mengapalah….sepatutnya seorang guru sanggup berkorban apa sahaja demi anak bangsa dan itulah yang cuba saya tanamkan dalam jiwa agar ia mekar selamanya. Hanya Allah yang tahu…


Hari ni ada penambahan 2 orang guru semuanya berasal dari negeri ini. Dengan bertukarnya 4 orang guru yang sememangnya memberikan kesan yang mendalam kerana antara kami sangat rapat. Moga dengan kehadiran guru baru ini dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah antara kami seterusnya dapat meningkatkan lagi "Seri Bali" setaraf dengan sekolah cemerlang di daerah Segamat ni.


Akhir kata sempena hari pertama persekolahan ini “ pengalaman dan perjalanan hidup itu adalah sekolah yang sebaik-baiknya”.. dan yang pasti tidak ada kejayaan tanpa perubahan…Moga usaha kita selama ini diberkati-Nya..Wassalam…

Saturday, January 3, 2009

DOA & MUNAJAT....


KIAMAT HAMPIR TIBA?....



Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya. Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati.


Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”


Dalam ayat lain Allah berfirman: “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)


Remaja semua, Muslimim da Muslimat, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.


Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:

Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

Zina Berleluasa


“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)

Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai


Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)

Menghias Masjid dan Membanggakannya

“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)

Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran”
(H.R Ahmad dan Hakim)


Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)

Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat


“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)

Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja


“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)

Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang


Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”

Bulan Sabit Kelihatan Besar


Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.”

(H.R Thabrani)


Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita


“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)


Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar


Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)

Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai


Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)


Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Allah dan berbakti. Aaaamin....

I made this widget at MyFlashFetish.com.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


سعد الغامدي - Saad Al-Ghamdi

ISLAMIC ANIMATION

KITABULLAH

HELLO

Terima Kasih..Sila singgah blog ni lagi...

Terima Kasih